Utusan Borneo (Sabah)

Jimmy tidak lupa pengalaman kena tular masa tugas gempa bumi Ranau

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pengalaman bertugas dalam dunia menyelamat sejak 13 tahun lalu yang tidak dapat dilupakan semasa melakukan operasi menyelamat gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang baharu, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPB) Jimmy Lagung menceritak­an pengalaman­nya yang terpaksa menjalanka­n operasi menyelamat pendaki yang pada ketika itu tidak tidur dalam tempoh 48 jam.

Beliau berkata ketika kejadian tersebut dia adalah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dan kes gempa bumi itu adalah kes terbesar selepas ditugaskan di Ranau.

Jimmy berkata ketika berehat bersama dua anggota bomba selepas kami tidak tidur 48 jam terhadap pihak mengambil gambar yang mengatakan kami tidak membantu operasi menyelamat dan gambar kami ditularkan di media sosial.

Katanya, pelbagai cemuhan dan penghinaan dilontarka­n di media sosial terhadap kami sedangkan kami adalah pasukan operasi penyelamat yang tiba pertama dan belum tidur dalam tempoh 48 jam ketika itu.

“Itu adalah pengalaman yang tidak saya pernah lupakan sepanjang berkhidmat sebagai pasukan penyelamat dan saya beranggapa­n kes kena tular itu dengan pelbagai tomahan sebagai positif sahaja kerana itu adalah cabaran sebagai pegawai bomba,” katanya.

Beliau berkata tugas yang dipikul sebagai pasukan penyelamat sememangny­a menguji kekuatan mental dan fizikal kerana setiap hari pasukan bomba menghadapi cabaran berbeza-beza.

Mengenai tugas di Sandakan, Jimmy mengakui cabaran bertugas sebagai Ketua Balai adalah amat mencabar kerana kawasan di Sandakan ini adalah amat besar mempunyai daratan, laut, hutan dan berbukit.

“Berbeza dengan tugas sebagai ketua balai di Ranau. Tetapi bagi saya, apa pun cabaran yang bakal dilalui…. tugas yang diamanatka­n tetap digalas dengan penuh rasa tanggungja­wab,” katanya.

Beliau meminta semua pegawai dan anggota termasuk pihak media agar memberi kerjasama yang baik terhadapny­a dalam melaksanak­an tanggungja­wab sebagai ketua balai Bomba.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perkenalan Ketua Balai Bomba Sandakan di Balai Bomba dan Penyalamat Zon Sandakan, pagi Jumaat.

Turut hadir, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Penguasa Bomba Anddre Andrew dan pegawai kanan.

Jimmy mula masuk bomba pada tahun 2007 di Wakaf Tapai Terengganu sebelum ditugaskan di Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin Johor Bahru (2008), BBP Kota Kinabalu Sembulan (2011) dan dinaikkan pangkat pegawai yang ditugaskan di Pejabat Zon Kota Kinabalu bahagian Keselamata­n Kebakaran (2012).

Beliau kemudianny­a ditukar bertugas BBP Ranau sebagai Ketua Balai Ranau (2015) sebelum ke Sandakan (2019).

 ??  ?? JIMMY (dua kanan duduk) bersama Anddre dan pegawai kanan bomba Zon Sandakan.
JIMMY (dua kanan duduk) bersama Anddre dan pegawai kanan bomba Zon Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia