Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah balai bomba diperlukan di Kemabong

-

TENOM: Daerah Kecil Kemabong memerlukan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat berikutan pertambaha­n penduduk selain jika berlaku kebakaran kebergantu­ngan bantuan memadam hanya diperolehi dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom yang jaraknya kira kira 32 km dari Kembong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, untuk jangka masa yang panjang dengan kepesatan pembanguna­n terutamany­a dalam sektor pelanconga­n dan pertanian dijangka akan berkembang maju di daerah kecil ini, sudah pesti keperluan untuk mewujudkan sebuah balai bomba di daerah ini wajar mendapat perhatian dan pertimbang­an dari pihak kerajaan pusat.

“Kita telah mengemukak­an cadangan serta permohonan ini kepada kerajaan untuk pertimbang­an lanjut dan adalah menjadi harapan saya dan masyarakat di sini ianya dapat dilaksanak­an kelak,” katanya.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pegawai Penguasa Bomba Daerah Tenom Zainal Senisian bersama pegawai pegawai kanan bomba daerah Tenom di Pejabat Pusat Khidmat masyarakat Adun Kemabong dekat sini.

Hadir sama Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kemabong Burnley Balang.

Dalam pada itu menurut Jamawi bagi menunggu kelulusan dari kerajaan untuk pembinaan sebuah balai bomba di Kemabong, perbincang­an beliau bersama Pegawai Penguasa Bomba Daerah Tenom bersetuju untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela di setiap komuniti kampung di kawasan tersebut.

“Pasukan bomba sukarela ini yang terdiri dari penduduk kampung akan diberikan bantuan peralatan di samping latihan bagi menangani sekiranya berlaku kes kes kecemasan dan kebakaran di kampung masing masing,” katanya.

MenurutJam­awipenubuh­an bomba sukarela ini adalah alternatif awal bagi membantu penduduk kampung yang menghadapi isu isu kecemasan disebabkan lokasi antara kampung ke kampung di kawasan ini berjauhan.

“Dengan adanya bomba sukarela ini pasukan boleh digerakkan awal bagi membantu kes kes kecemasan dan kebakaran sebelum kedatangan pasukan bomba memberikan bantuan,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama rombongan Balai Bomba Daerah Tenom yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Zainal Senisian merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan tersebut.
JAMAWI (tengah) bersama rombongan Balai Bomba Daerah Tenom yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Zainal Senisian merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia