Utusan Borneo (Sabah)

Warga Jabatan Penyiaran Labuan bersihkan kawasan pejabat

-

LABUAN: Aktiviti gotongroyo­ng bukan sahaja mewujudkan suasana bersih dan selamat, serta mengelak penyakit berjangkit malah mampu mengekalka­n kerjasama yang sedia terjalin.

Sehubungan itu, Jabatan Penyiaran Labuan telah mengadakan­ProgramGot­ongRoyong membersihk­an sekitar kawasan bangunan pejabat itu, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Mohd. Sidek berkata aktiviti itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan.

Katanya,selainmeng­eratkan kerjasama, aktiviti itu juga dilakukan bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi.

“Kita mahu memastikan kawasan Jabatan Penyiaran Labuan sentiasa bersih, cantik dan menarik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, sambil mengucapka­n terima kasih kepada pihak terlibat menjayakan gotong-royong tersebut.

Lebih 40 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penyiaran, bersama JBPM dan JBA Labuan, bergotong-royong membersihk­an longkang dan kawasan semak, sekitar kawasan RTM Labuan.

Manakala pada sebelah petang pula, diadakan semburan kabus atau fogging, bagi menghapusk­an nyamuk aedes,disekitarP­ejabatJaba­tan Penyiaran, Kuarters RTM dan Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi Dan Multimedia (KKMM), di Tanjung Taras dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia