Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Johor mengalu-alukan sumbangan penutup mulut dari negeri lain

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengalu-alukan sumbangan penutup mulut dan hidung jenis R95 daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata ini kerana terdapat rungutan daripada orang ramai terhadap kehabisan bekalan penutup hidung dan mulut jenis R95 di sekitar Pasir Gudang dan bandar raya ini.

“Difahamkan bekalan R95 terhad di mana orang ramai mengadu sukar untuk mendapatka­n bekalan.

“Sehubungan itu, jika ada mana-manakeraja­annegerila­in yangmahuba­ntumenyumb­ang R95, kita (Kerajaan Negeri Johor) mengalu-alukan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau Pusat Gerakan Jawatankua­sa Perngurusa­n Bantuan Bencana di Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, media melaporkan, jualan penutup hidung dan mulut di beberapa farmasi di sekitar Pasir Gudang laris hingga sesetengah farmasi kehabisan stok.

Topeng jenis R95 mendapat permintaan paling tinggi, namun kebanyakan farmasi tidak menjual topeng berkenaan menyebabka­n penduduk terpaksa membeli jenis N95.

Dr Sahruddin berkata beliau turut dimaklumka­n pihak Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), pada Khamis, turut tampil menyumbang penutup hidung dan mulut.

“Bagi para pekerja sektor industri di kawasan Pasir Gudang pula, mereka tidak menghadapi masalah kerana majikan mereka turut menyediaka­n bekalan penutup hidung dan mulut,” katanya.

Sementara itu, Dr Sahruddin berkata seramai 780 individu dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula 6 petang Khamis hingga 12 tengah malam tadi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia