Utusan Borneo (Sabah)

Pencemaran kimia: tiada tangkapan setakat ini: KPN

-

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini berhubung pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata polis giat menjalanka­n siasatan bagi mengesan pihak tidak bertanggun­gjawab yang terlibat dengan insiden itu.

“Kita telah terima 51 laporan polis, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun),” katanya pada sidang media ketika ditanya mengenai perkembang­an kes pencemaran bahan kimia itu.

Beliau berkata kira-kira 150 anggota termasuk daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatka­n bagi memantau dan mengawal kawasan pencemaran itu.

Kejadian pencemaran bahan kimia yang menjejaska­n kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabka­n 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup itu dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim yang dilaporkan pada 7 Mac.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya menerima lebih 50 laporan polis berhubung himpunan Hari Wanita Sedunia pada Sabtu lepas dan sedang melengkapk­an siasatan kes berkenaan.

“Mereka tidak mengikut prosedur yang betul, disebabkan itu kita tak keluarkan kebenaran. Bila ada laporan polis kita siasat secepat mungkin untuk serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita siasat sebab tak bagi notis pun mereka teruskan... untuk kata kita jangan siasat sebagainya itu bukan tanggungja­wab mereka... tapi tanggungja­wab PDRM (Polis Diraja Malaysia) (untuk siasat),” katanya.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan gesaan pihak tertentu supaya polis menghentik­an siasatan itu.

Bernama melaporkan enam individu telah hadir untuk memberi keterangan kepada polis baru-baru ini berhubung perhimpuna­n itu yang dilapor turut disertai penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) di Dataran Merdeka di sini.

Terdahulu, Mohamad Fuzi menyaksika­n majlis terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara menggantik­an Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara Ahad ini.-Bernama

 ??  ?? KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyaksika­n Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (kiri) menyerahka­n nota serah terima tugas kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kanan) pada majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Jumaat.
KETUA Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyaksika­n Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (kiri) menyerahka­n nota serah terima tugas kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kanan) pada majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia