Utusan Borneo (Sabah)

Mujahid, Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa kejadian tembakan di Christchur­ch, New Zealand

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengucapka­n takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tembakan di sekitar masjid di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat.

“Saya mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mangsa beroleh syahid yang tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mujahid turut mendoakan agar umat Islam khususnya di New Zealand serta di seluruh dunia dilindungi Allah SWT dan dijauhkan daripada segala bahaya dan ancaman seperti itu.

Turut mengucapka­n takziah dan melahirkan simpati ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatka­n kejadian itu sebagai tindakan tidak bertamadun serta bercanggah dengan nilai kemanusiaa­n hingga meragut nyawa orang awam.

“Saya mengutuk sekerasker­asnya dan terus mengikuti rapat kejadian tembakan rambang. Menurut Polis New Zealand, situasi masih bahaya dan mereka masih dalam usaha memberkas pelaku dalam kejadian itu.

“Saya dimaklumka­n seorang warganegar­aMalaysiad­ilaporkan cedera dan kini dalam keadaan yang stabil. Saya berharap mangsa kuat dan cekal ketika melalui saat ini dan cepat pulih,” katanya.

MediapadaJ­umaatmelap­orkan berlaku kejadian tembakan di dua masjid di Christchur­ch yang dipercayai menyebabka­n kematian dan setakat ini seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian itu.

Di Putrajaya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataann­yamengutuk­sekerasker­asnya kejadian itu, yang disifatkan sebagai keganasan ke atas orang yang tidak bersalah.

“Saya terkejut dan sangat sedih dengan berita kejadian tembak menembak di masjid di Christchur­ch, New Zealand. Saya mengutuk, dalam istilah yang paling kuat, keganasan terhadap orang yang tidak bersalah,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, beliau juga berhubung dengan Wisma Putra untuk memantau keadaan di Christchur­ch.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin turut mengecam kejadian keganasan yang berlaku di New Zealand itu dan berharap pihak yang bertanggun­gjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Salam Takziah kepada keluarga mangsa yang telah berkorban. Semoga keadaan akan kembali aman di New Zealand,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia