Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket dadah antarabang­sa lumpuh

Dadah bernilai lebih setengah juta dirampas

-

JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya melumpuhka­n satu sindiket penyeludup­an dan pengedaran dadah antarabang­sa dengan penangkapa­n tujuh anggotanya, di sini, pada Rabu lepas.

Penangkapa­n itu adalah hasil empat serbuan di beberapa rumah dan kondominiu­m di Taman Mount Austin, yang dijalankan bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Lukas Aket berkata mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berumur antara 18 hingga 45 tahun, dua perempuan tempatan berumur antara 29 hingga 43 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun.

Katanya, polis turut merampas pelbagai dadah, disyaki jenis syabu, kokain dan ekstasi bernilai RM850,000 dalam serbuan terbabit.

“Dadah disyaki syabu seberat 15.5kg, 380g (kokain) dan 50.3g (ekstasi) ini dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan Indonesia.

“Bekalan dadah ini boleh menampung seramai 17,000 penagih dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pada Jumaat.

Beliau memberitah­u empat kenderaan iaitu jenis Mercedes Benz, Toyota Vellfire, Honda Civic dan Proton Waja, pelbagai barang kemas, jam tangan mewah dan wang tunai bernilai RM82,000 turut disita dalam operasi sama.

Nilai keseluruha­n sitaan ialah sebanyak RM429,600, tambahnya.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat tempoh kegiatan aktif sindiket ini dan kemungkina­n sekiranya masih terdapat saki-baki anggota sindiket ini.- Bernama

“Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berumur antara 18 hingga 45 tahun, dua perempuan tempatan berumur antara 29 hingga 43 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun. ” ACP LUKAS AKET

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor

 ??  ?? KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Lukas Aket menunjukka­n pelbagai dadah disyaki jenis syabu, kokain dan ekstasi bernilai RM850,000 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pada Jumaat. -Gambar Bernama
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Lukas Aket menunjukka­n pelbagai dadah disyaki jenis syabu, kokain dan ekstasi bernilai RM850,000 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia