Utusan Borneo (Sabah)

21 bahan kimia ditemui dalam kolam takungan di Taman Eng Ann

-

KLANG: Sebanyak 21 jenis bahan kimia ditemui di dalam kolam takungan banjir di Taman Eng Ann di sini berdasarka­n laporan awal kajian makmal yang dilakukan terhadap sampel air di kawasan pencemaran terbabit.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu Klang, Datuk Teng Chang Kim berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh pihak forensik sebelum dapat menentukan apakah sebatian kimia yang mencemarka­n kolam itu.

“Hasil ujian yang dilakukan di makmal, kita kesan terdapat 21 bahan kimia di dalam sampel yang telah diambil dari kolam takungan banjir itu,” katanya dalam sidang media selepas melawat lokasi pencemaran berkenaan di Jalan Kasawari 2, Taman Eng Ann di sini, pada Jumaat.

Teng yang juga Exco Selangor berkata kerja-kerja pembersiha­n dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk menggunaka­n kaedah ‘oil boom’ dan ‘oil pad’ iaitu bagi menyerap serta menyekat sisa bahan kimia tersebut.

Beliau juga berkata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah menutup tali Kunci Air Bukit Kuda bagi mengelak penyaluran air dari kolam tercemar itu ke Sungai Klang.

“Kerja-kerja pembersiha­n sudah dimulakan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua hari,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati sisa kimia itu dibuang di dua lokasi iaitu kawasan takungan air banjir dan beberapa longkang sekitar yang menghubung­kan laluan air sepanjang 1.5km ke Sungai Klang.

Setakat ini, katanya, sisa itu yang terdapat di dalam kolam takungan berkenaan tidak mengalir ke longkang dan akan disedut sepenuhnya sebelum dilupuskan.

Sementara itu, LUAS dalam kenyataan berkata hasil bantuan penduduk setempat, lori tangki yang disyaki digunakan untuk membuang sisa itu ditemui dan proses menjejaki pemilik lori tersebut sedang dilakukan bagi tindakan perundanga­n berkaitan.Bernama

 ??  ?? TENG (kanan) yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor menunjukka­n sisa disyaki bahan kimia yang dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke Sungai Klang di Taman Eng Ann, pada Jumaat. -Gambar Bernama
TENG (kanan) yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor menunjukka­n sisa disyaki bahan kimia yang dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke Sungai Klang di Taman Eng Ann, pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia