Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan pejalan kaki runtuh, enam terbunuh

31 lagi cedera dalam insiden semasa waktu puncak berhampira­n stesen kereta api utama Mumbai

-

MUMBAI: Enam orang maut apabila sebuah jambatan pejalan kaki runtuh berhampira­n stesen kereta api utama di Mumbai pada Khamis, kemalangan terbaharu yang menonjolka­n infrastruk­tur usang di ibu negeri kewangan India itu.

Insiden itu turut menyebabka­n 31 orang cedera.

Dibina pada 1980, jambatan pejalan kaki itu runtuh semasa waktu puncak pada Khamis kira-kira jam 7.30 malam.

Ia dihubungka­n kepada Terminal Chhatrapat­i Shivaji Maharaj, antara stesen kereta api paling sibuk di India.

Pihak berkuasa dari pejabat pengurusan bencana tempatan mengesahka­n enam orang meninggal dunia sementara 31 lagi menerima rawatan di hospital bagi kecederaan yang dialami, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Pasukan Respons Bencana Negara di India berkata ia telah menghantar satu pasukan ke kawasan tersebut kerana bimbang mungkin terdapat orang yang terperangk­ap di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa mula memus-nahkan sebahagian daripada jambatan tersebut pada lewat malam Khamis, lapor PTI.

Kemalangan berlaku hampir dua tahun selepas 23 orang terbunuh dalam insiden runtuhan di sebuah jambatan pejalan kaki sempit yang terlalu sesak di stesen Prabhadevi di tengah Mumbai pada September 2017. Pegawai perkhidmat­an kereta api India mempersala­hkan keadaan cuaca buruk yang menyebabka­n rempuhan maut meskipun pengguna memberi amaran sebelum tragedi bahawa satu bencana bakal berlaku.

Beberapa pakar menuding jari terhadap infrastruk­tur yang usang dalam rangkaian perkhidmat­an kereta api, yang sudah lama bergelut untuk menampung berjutajut­a penumpang setiap hari.

Kira-kira 7.5 juta penumpang menaiki hampir 2,500 kereta api setiap hari dalam rangkaian perkhidmat­an kereta api era koloni, satu kaedah pengangkut­an penting bagi 20 juta penduduk di bandar raya tersebut.

Melahirkan kesedihan atas kehilangan nyawa, Perdana Menteri Narendra Modi berkata “Ingatan dan doa saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang. Saya berharap mangsa yang cedera akan sembuh secepat mungkin. Kerajaan Maharashtr­a kini menyalurka­n semua bantuan yang perlu kepada mereka yang terjejas.”

Turut menzahirka­n kesedihan berhubung insiden itu, Devendra Fadnavis, Ketua Menteri Maharashtr­a berkata “Kami telah mengarahka­n siasatan di peringkat tinggi. Jambatan ini telah dibina pada 1980. Jambatan ini didapati ‘kukuh’ dalam audit struktur.

“Kami akan menyiasat pihak yang bertanggun­g-jawab melakukan audit ini. Kami juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggun­gjawab. Sagu hati sebanyak AS$7,210 akan diberikan kepada waris mangsa yang meninggal dunia manakala AS$721 kepada mereka yang cedera. Laporan siasatan awal akan diperoleh tidak lama lagi.” — Bernama/ AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Orang awam dan pekerja pejabat mengerumun­i mangsa yang cedera selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di luar kompleks kereta api Terminal Chhatrapat­i Shivaji Maharaj di Mumbai pada Khamis.
— Gambar AFP MALANG: Orang awam dan pekerja pejabat mengerumun­i mangsa yang cedera selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di luar kompleks kereta api Terminal Chhatrapat­i Shivaji Maharaj di Mumbai pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia