Utusan Borneo (Sabah)

Ketua mafia maut ditembak di luar rumahnya di NY

-

NEW YORK: Ketua keluarga jenayah Gambino di New York maut ditembak bertalu-talu di luar rumahnya di Pulau Staten, satu pembunuhan cara lama yang mirip dengan pembunuhan­terkenalte­rhadap ketua-ketua mafia pada abad ke-20.

Senario mengerikan itu menyaksika­n Francesco ‘Frank’ Cali ditembak mati di luar rumah batu bata merah ala zaman penjajahan di Pulau Staten, kata polis pada Khamis.

Lelaki berusia 53 tahun itu yang mempunyai hubungan mendalam dengan puak jenayah terancang di Sicily – dipercayai mengetuai keluarga Gambino sejak 2015, dengan pengaruh di dalam negara dan di Itali – mengalami “beberapa luka tembakan di bahagian badan” dalam serangan pada petang Rabu, kata polis.

Cali, juga dikenali sebagai ‘Franky Boy’, ditembak enam kali, kemudian dilanggar oleh sebuah trak biru yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri.

Dia disahkan mati di hospital Utara Universiti Pulau Staten, menurut polis.

“Tiada tangkapan dibuat dan siasatan sedang dijalankan,” kata polis.

Keluarga Gambino merupakan satu daripada lima keluarga Mafia Itali yang bersejarah di New York – selain keluarga Genovese, keluarga Lucchese, keluarga Colombo dan keluarga Bonanno.

Media Amerika Syarikat melaporkan kematian Cali merupakan pembunuhan pertama seorang ketua mafia di New York dalam tempoh 34 tahun, sejak kematian Paul Castellano – seorang lagi ketua keluarga Gambino – atas arahan John Gotti, juga dikenali sebagai Teflon Don, yang terkenal kejam.

Selepas kematian Castellano, yang menyaksika­n ketua itu ditembak mati secara dramatik di luar sebuah restoran stik di Manhattan selepas dia keluar dari sebuah limosin hitam, Gotti mengambil alih sebagai ketua keluarga Gambino.

Kesayangan paparazi yang suka memakai sut mencolok mata dengan rambut yang disisir kemas, polis pada akhirnya mengguling­kan Gotti dan memenjaran­ya kerana konspirasi dan pembunuhan pada 1992.

Dia meninggal dunia dalam penjara pada 2002, dan meninggalk­an legasi kejam yang mengukuhka­n tempat New York dalam cerita samseng.

Cali dipercayai mengambil alih tampuk keluarga Gambino pada 2015, dengan menggantik­an Domenico Cefalu.

Kuasa dan kebangkita­nnya dalam keluarga Gambino sebahagian besarnya disebabkan oleh hubungan keluargany­a di Palermo, Sicily; Cali dilaporkan mengahwini Rosaria Inzerillo, anak perempuan puak samseng Sicily yang terkemuka dan dahulu antara yang paling berkuasa di pulau tersebut.

Dia mula bangkit di bawah kapo John D’Amico, yang dikenali sebagai Jackie dan menjadi pemangku ketua keluarga pada 2005 – dan selepas itu Cali menjadi seorang pemangku kapten, menurut dokumen mahkamah.

Cali ditangkap hanya sekali sahaja dalam kariernya, berhubung satu komplot peme-rasan yang dikaitkan dengan satu cubaan yang gagal untuk membina sebuah litar lumba Nascar.

Dia mengaku bersalah dan dihukum penjara selama 16 bulan.

Namun pendakwa persekutua­n berkata Cali terbabit dalam beberapa skim jenayah lain, termasuk mengusahak­an mesin perjudian haram di Brooklyn dan merampas keuntungan daripadafe­stivaltahu­nanItalian Feast di daerah tersebut.

Cali menjauhkan diri daripada perhatian walaupun selepas dia menjadi ketua, dan memerintah dari atas sambil menyembuny­ikan diri dalam kawasan kejiranan mewah Todt Hill di Pulau Staten, di mana Castellano turut tinggal.

Lembaran pasca Gotti menyaksika­n pengaruh mafia di kawasan pantai timur AS menurun – tetapi serangan pada Rabu mengembali­kan New York ke zaman keemasan jenayah terancang.

“Kita sangka zaman itu sudah tiada lagi,” kata datuk bandar New York Bill de Blasio kepada wartawan. “Namun saya agak tabiat lama sukar lenyap.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SIASAT: Pegawai Polis New York (NYPD) menyiasat lokasi di mana Cali (sisipan) dibunuh di luar rumahnya dalam daerah Pulau Staten di kota New York, AS pada Khamis. — Gambar Reuters/AFP
SIASAT: Pegawai Polis New York (NYPD) menyiasat lokasi di mana Cali (sisipan) dibunuh di luar rumahnya dalam daerah Pulau Staten di kota New York, AS pada Khamis. — Gambar Reuters/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia