Utusan Borneo (Sabah)

Senat AS undi 59-41 halang perisytiha­ran perintah darurat Trump di selatan sempadan

-

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengundi 59-41 yang memihak kepada usul untuk menghalang perisytiha­ran perintah darurat kebangsaan Presiden Donald Trump di kawasan selatan sempadan, lapor agensi berita China Xinhua.

Langkah itu, yang disertai pengundian di Dewan Perwakilan, memberi tamparan hebat kepada usaha Trump untuk membina tembok di kawasan sempadan dan dijangka memaksa beliau menggunaka­n kuasa veto buat pertama kali sejak menjadi presiden.

Ini juga merupakan kali pertama Kongres bertindak menentang perisytiha­ran perintah darurat kebangsaan sejak Akta Darurat Nasional digubal pada 1976.

“VETO!” tulis Trump di akaun Twitter sejurus selepas pengundian itu.

Trump memaklumka­n satu sidang akhbar pada Khamis bahawa beliau tidak menjangkak­an kuasa vetonya diketepika­n.

Dalam pengundian pada Khamis, 12 senator Republikan telah mengundi bersamasam­a Parti Demokrat bagi menentang perisytiha­ran perintah darurat Trump, sekali gus mendedahka­n jurang yang luas dalam kalangan anggota parlimen Parti Republikan berhubung isu itu.

Bagi mengatasi kuasa veto Trump, kedua-dua dewan perwakilan di Kongres memerlukan dua pertiga daripada jumlah keseluruha­n undi.

Bagaimanap­un, masih tidak jelas sama ada penentang Trump akan meraih undi yang mencukupi.

Dewan Perwakilan AS mengundi 245-182 pada lewat Februari untuk menghalang perintah darurat kebangsaan yang diisytihar oleh Trump pada 15 Februari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia