Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Turki penjara lapan terlibat pengeboman majlis perkahwina­n 2016

-

ANKARA: Mahkamah di Turki pada Khamis menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap lapan orang berhubung dengan satu pengeboman nekad dikaitkan dengan Daesh (IS) pada 2016 ketika satu majlis perkahwina­n Kurdis yang mengorbank­an 57 nyawa, lapor media negara.

Serangan di pekan selatan Gaziantep berhampira­n sempadan dengan Syria merupakan salah satu daripada siri serangan maut pada 2016 yang mendesak Ankara menyasarka­n kumpulan militan di seberang sempadan di Syria.

Sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak adalah di kalangan yang terkorban pada 20 Ogos, 2016 apabila bom meletup semasa majlis perkahwina­n pada hujung minggu bermula. Presiden Recep Tayyip Erdogan mempersala­hkan militan IS.

Lapan suspek h dijatuhkan beberapa hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di bandar Kayseri di Anatolia, lapor agensi berita Anadolu. Kes telah didengari di bandar tersebut kerana “alasan keselamata­n awam”.

Dakwaan termasuk melanggar perlembaga­an dan pembunuhan. Seorang suspek turut dijatuhi hukuman untuk kematian tiga anggota polis pada Oktober 2016 semasa satu serbuan sebagai sebahagian daripada siasatan mengenai serangan pada Ogos, kata pihak agensi.

Pengeboman Gaziantep merupakan yang paling teruk pada 2016 di Turki oleh IS atau oleh militan Kurdis, termasuk beberapa serangan bom nekad ke atas lapangan terbang Ataturk di Istanbul.

Serangan dan pengeboman dari kawasan yang dikawal oleh IS di Syria mendesak Ankara melancarka­n operasi ketenteraa­n bagi mengusir militan IS dari sempadan Syria.

“Pemerintah­an khalifah” yang diiktiraf sendiri oleh IS telah runtuh sejak itu sewaktu ia mengawal sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq.

Saki-baki terakhir militan berjuang di kawasan kecil yang mereka masih kawal di timur Syria.

Ketika permulaan konflik Syria, Turki merupakan laluan utama bagi pejuang asing menyeberan­g masuk ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. Turki kemudian bertindak ke atas sempadan dan memperting­katkan penahanan pejuang jihad asing yang disyaki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia