Utusan Borneo (Sabah)

Insiden tembakan di masjid New Zealand, 49 maut

Lebih 48 lagi cedera, rakaman video serangan tular di media sosial, empat suspek ditangkap

-

CHRISTCHUR­CH: Angka korban tragedi serangan keganasan di Christchur­ch kini meningkat kepada 49 orang dengan lebih 48 lagi cedera, kata Pesuruhjay­a Polis New Zealand, Mike Bush pada Jumaat lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau turut mengesahka­n tiga lelaki dan seorang wanita kini ditahan dan pihak polis sedang berusaha untuk menghentik­an rakaman video kejadian di Masjid Al Noor yang kini tular di media sosial.

Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata empat suspek ditahan, termasuk seorang lelaki kelahiran Australia dan percaya tiada suspek lain buat masa ini.

“Jelas ia serangan pengganas dan telah dirancang dengan amat teliti.

“Dua bom yang dipasang pada kereta berjaya dimatikan pihak polis. Tahap keselamata­n di New Zealand dinaikkan ke tahap tertinggi,” katanya pada sidang akhbar di Wellington.

Sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dua masjid berasingan di Christchur­ch pada Jumaat.

Menurut laporan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dalam Masjid Al Noor yang dipenuhi jemaah.

Difahamkan serangan berlaku sekurang-kurangnya di enam lokasi berbeza. Kira-kira 50 das tembakan kedengaran, kata seorang saksi.

“Hari ini merupakan hari paling malang di New Zealand. Doa dan ingatan saya sentiasa untuk Christchur­ch,” kata Ardern.

Orang ramai dinasihatk­an berada di rumah dan semua masjid diminta ditutup.

Rakaman video yang tular di media sosial kelihatan dirakamkan dengan sebuah kamera yang diikat pada kepala lelaki bersenjata tersebut.

Selepas meletakkan keretanya dia mengambil dua laras senapang dan berjalan sekejap ke arah pintu masuk masjid tersebut.

Dia kemudian melepaskan tembakan. Sepanjang tempoh lima minit, dia beberapa kali menembak jemaah, meninggalk­an lebih 12 mayat di dalam sebuah bilik sahaja. Dia kembali ke kereta sepanjang tempoh itu untuk menukar senjata, dan kemudian masuk semula ke dalam masjid untuk menembak sesiapa sahaja yang menunjukka­n tanda-tanda masih hidup.

Polis berkata masjid kedua yang diserang terletak di subbandar Linwood.

Radio New Zealand memetik seorang saksi di dalam Masjid Al Noor menyatakan beliau mendengar beberapa das tembakan dilepaskan dan sekurang-kurangnya empat orang terbaring di atas lantai dan “terdapat darah di mana-mana sahaja”.

“Mengerikan ketika mendengar tentang kejadian tembakan di masjid Christchur­ch. Tiada sebarang justifikas­i bagi bentuk kebencian sebegini,” kata Amy Adams, ahli parlimen dari Christchur­ch.

Pasukan kriket Bangladesh berada di Christchur­ch untuk bermain menentang New Zealand dalam satu ujian kriket yang ketiga bermula pada Sabtu ini.

“Mereka sedang berada dalam bas, yang baharu sahaja tiba di depan masjid ketika tembakan bermula,” Mario Villavaray­en, jurulatih pasukan kriket Bangladesh, memberitah­u Reuters dalam satu mesej. “Mereka dalam keadaan terkejut namun baikbaik sahaja.”

Ujian kriket ketiga dibatalkan, kata Kriket New Zealand kemudian.

Jumlah penduduk Islam hanya satu peratus daripada populasi New Zealand, ditunjukka­n oleh banci pada 2013.

“Ramai daripada mereka yang mungkin terjejas dengan kejadian tembakan ini adalah pendatang ke New Zealand,” kata Ardern.

“Malah mereka mungkin adalah pelarian di sini. Mereka telah memilih untuk menjadikan New Zealand sebagai kediaman mereka dan ia adalah rumah mereka... mereka adalah kami. Orang yang mendalangi keganasan terhadap kami... tidak mempunyai tempat di New Zealand.” — Bernama/Reuters

“Jelas ia serangan pengganas dan dirancang dengan amat teliti. Dua bom yang dipasang pada kereta berjaya dimatikan pihak polis. Tahap keselamata­n di New Zealand dinaikkan ke tahap tertinggi .....

JACINDA ARDERN

Perdana Menteri New Zealand

 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG mangsa yang cedera dimasukkan ke dalam sebuah ambulans selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat.
— Gambar Reuters SEORANG mangsa yang cedera dimasukkan ke dalam sebuah ambulans selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat.
 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA polis bersenjata berkawal di jalan raya selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat.
— Gambar Reuters ANGGOTA polis bersenjata berkawal di jalan raya selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia