Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Brazil peringati ulang tahun pertama pembunuhan aktivis Franco

-

RIO DE JANEIRO: Rakyat Brazil memperinga­ti ulang tahun pertama pembunuhan pembela hak asasi manusia Marielle Franco pada Khamis dengan bunga, lilin dan kain rentang bantahan, hanya beberapa hari selepas penahanan dua anggota polis yang disyaki membunuh beliau.

Beberapa orang telah berkumpul sejak subuh di persimpang­an di mana beliau dibunuh di tengah Rio. Ramai yang menyanyika­n beberapa lagu dan menggantun­g poster menuntut jawapan mengenai pembunuhan beliau.

“Pembunuhan Marielle bagi kami, wanita kulit hitam di negara ini, mewakili satu proses yang mendalam dalam meneruskan perjalanan kami, bagi menyelamat­kan identiti kami dan melawan, kerana kami tahu bahawa polisi mengenai homisid terhadap wanita, mengenai genosid terhadap belia kulit hitam, adalah satu amalan biasa,” kata aktres Silvia de Mendonca yang turut mengambil bahagian dalam acara ini.

Franco, 38, membesar di sebuah kawasan setinggan dan seterusnya menjadi seorang pejuang yang berkarisma bagi golongan miskin dan komuniti LGBT, serta seorang pengkritik yang lantang bersuara mengenai kekejaman polis.

Beliau terbunuh dalam insiden tembakan rambang bersama-sama dengan pemandunya, Anderson Gomes, di luar bandar Rio de Janeiro pada petang 14 Mac, 2018.

Anak tangga di luar bangunan majlis perbandara­n Rio di mana beliau bertugas telah dihiasi dengan bunga matahari sebagai penghormat­an untuk Franco, dan beberapa wanita berpakaian putih dan berjalan menggunaka­n jangkungan sambil memegang kain rentang dengan tulisan legenda “Marielle Giant”.

Satu misa penghormat­an telah diadakan di gereja mercu tanda Rio, Candelaria yang dihadiri oleh ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan beliau.

Di ibu negara Brasilia, sekumpulan wanita menamakan semula secara simbolik salah satu jambatan di bandar sebagai “Jambatan Marielle Franco” berbanding jambatan Artur Costa e Silva, dinamakan sempena seorang presiden pada era pemerintah­an diktator.

Seorang pegawai berpangkat sarjan dalam pasukan polis tentera, Ronnie Lessa, 48, telah ditahan kerana disyaki sebagai penembak tersebut.

Elcio Vieira de Queiroz, 46, yang telah dipecat daripada pasukan polis tentera, turut ditangkap.

 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG wanita (tengah) menjerit sewaktu demonstras­i untuk memperinga­ti ulang tahun pertama pembunuhan Franco, di Buenos Aires, Argentina pada Khamis.
— Gambar Reuters SEORANG wanita (tengah) menjerit sewaktu demonstras­i untuk memperinga­ti ulang tahun pertama pembunuhan Franco, di Buenos Aires, Argentina pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia