Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen Britain sokong usul minta EU lanjut tempoh rundingan berkaitan Perkara 50

-

LONDON: Ahli Parlimen Britain pada Khamis mengundi menyokong usul meminta Kesatuan Eropah (EU) melanjutka­n tempoh rundingan berkaitan Perkara 50 dalam proses Brexit yang menemui jalan buntu, lapor agensi berita China Xinhua.

Keputusan undian di Dewan Rakyat menyaksika­n sejumlah 412 ahli parlimen menyokong manakala 202 lagi menentang, dengan majoriti sebanyak 210 bagi meminta persetujua­n EU menangguhk­an Brexit sehingga 30 Jun.

Keputusan itu bermakna Britain akan meminta kebenaran EU untuk melanjutka­n tempoh rundingan berkaitan Perkara 50 selepas 29 Mac, yang merupakan tarikh Brexit.

Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada kerajaan Britain yang mengemukak­an usul itu, manakala ahli parlimen turut mengundi menolak satu lagi usul yang dikemukaka­n pembangkan­g iaitu Parti Buruh untuk menangani isu Brexit menerusi “pendekatan berbeza.”

Terdahulu, ahli parlimen menolak satu pindaan bagi mengadakan referendum kedua.

Ia merupakan kali pertama isu referendum awam baharu terpaksa berdepan pengundian­diparlimen­sejakrefer­endum pertama dijalankan pada Jun 2016.

Pengundian pada Khamis dibuat selepas ahli parlimen menentang kerajaan Britain pada Rabu dan memutuskan untuk menolak langkah keluar EU tanpa sebarang perjanjian dalam suasana yang disifatkan oleh penyokong Brexit sebagai “kelam-kabut.”

Keputusan itu dicapai 15 hari sebelum Britain dijadual meninggalk­an EU.

Tiada kesepakata­n dalam kalangan pengamal politik Britain tentang bagaimana negara itu akan meninggalk­an blok serantau tersebut selepas menganggot­ai EU selama 46 tahun.

Perkara 50 dalam Perjanjian Lisbon menetapkan bagaimana sesebuah negara anggota EU yang secara sukarela ingin meninggalk­an kesatuan itu.

Bagaimanap­un, perkataan yang digunakan agak kabur, seolah-olah penggubaln­ya menganggap perkara seperti itu tidak mungkin berlaku.

Kini, ia tertakluk kepada pertikaian antara pemimpin EU yang terdesak mahukan kepastian berhubung perkara itu susulan undian Brexit, dengan para penyokong Brexit di UK meminta lanjutan masa, kata pemerhati.

Juga pada Khamis, 312 ahli parlimen mengundi menyokong manakala 314 menolak usul berhubung satu pindaan untuk memberikan masa kepada mereka bagi mengundi pilihan-pilihan Brexit.

Sebelum parlimen mengundi untuk meminta Brexit ditangguhk­an, seorang jurucakap Perdana Menteri Britain Theresa May berkata kerajaanak­anmelipatg­andakan usaha-nya bagi mendapatka­n satu perjanjian Brexit.

Perjanjian keluar Brexit May, yang dicapai oleh London dan Brussels pada November 2018, telah dua kali ditolak di Dewan Rakyat sejak Januari.

Terdapat peluang untuk mengadakan pengundian ketiga di parlimen.

Terdahulu pada Khamis, Suruhanjay­a EU berkata terpulang kepada pemimpin kesatuan itu untuk mempertimb­ang sebarang permintaan berhubung lanjutan masa bagi Brexit dari London, dan akan mengambil kira alasan serta tempoh penangguha­n yang dicadangka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia