Utusan Borneo (Sabah)

PIBG penyumbang perkembang­an sekolah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KEMABONG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting bagi perkembang­an sesebuah sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, peranan dan tanggungja­wab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi saluran atau perantaraa­n untuk mencetuska­n hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlan­gan pendidikan

“Kecemerlan­gan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan seiring.

“PIBG perlu berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangun dan memajukan sekolah demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak kita,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kemabong di dewan sekolah berkenaan.

Hadir sama Pengetua SMK Kemabong Lian Fee Choo, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kemabong Burnley Balang dan Yang Dipertua PIBG SMK Kemabong Ampang Payu.

Jamawi berkata antara perkara penting bagi PIBG mampu memainkan peranannya lebih berkesan ialah melalui elemen perpaduan dalam kalangan ahli bagi membolehka­n sesebuah organisasi memaksimum­kan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlan­gan yang membanggak­an.

Menurut Jamawi, sebagai wakil rakyat di kawasan itu beliau amat menekankan keperluan pendidikan dan sentiasa membantu apa juga program yang boleh membantu memperting­katkan kecemerlan­gan pendidikan khususnya di kawasan Kemabong.

“Saya amat menitikber­atkan pandangan dan masa depan khususnya pendidikan di kawasan ini.

“Justeru, untuk merealisas­ikan hasrat dan wawasan pendidikan yang kita inginkan, maka salah satu strategi yang boleh dilaksanak­an ialah dengan merapatkan hubungan bersama pemimpin sekolah dan ibu bapa melalui PIBG,” katanya.

Selain itu tambah Jamawi, PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinny­a hubungan rapat dengan jabatan kerajaan pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan ke arah mewujudkan permuafaka­tan dan perkongsia­n bijak demi kebaikan bersama.

Dalam pada itu Jamawi juga meminta ibu bapa agar menitikber­atkan pendidikan moral dan penerapan nilainilai murni, kasih sayang dan jati diri serta nilai modal insan secukupnya kepada anakanak agar gejala negatif dapat dihindarka­n lebih awal.

 ??  ?? JAMAWI (kiri) berbincang dengan sebahagian guru sejurus tiba pada majlis itu.
JAMAWI (kiri) berbincang dengan sebahagian guru sejurus tiba pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia