Utusan Borneo (Sabah)

148 pemain sertai Kejohanan Perseorang­an Badminton DS Goh

-

LABUAN: Kejohanan Perseorang­an Badminton Remaja Dato’ Sri Goh Siri 3 berjaya menarik minat penyertaan pemain muda dari Sabah sekali gus merancakka­n lagi kejohanan tahunan anjuran Kelab Badminton DS Goh itu.

Pengerusi Penganjur, Dato’ Sri Goh Sin Han berkata, seramai 148 pemain muda dari lima daerah di Sabah iaitu Kuala Penyu, Papar, Membakut, Menumbok dan Siptang telah menyertai kejohanan dua hari itu.

“Kejohanan dua hari itu yang berakhir pada Ahad mencatatka­n penyertaan tertinggi dengan penyertaan dari Sabah merupakan paling ramai. Paling mengagumka­n kehadiran pemain itu turut disertai oleh keluarga masingmasi­ng dan ia sedikit sebanyak telah memacu industri pelanconga­n di wilayah ini,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan yang dianjurkan sejak tiga tahun lalu itu bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat baharu tetapi juga menjadi pemangkin perkembang­an sukan badminton tempatan di samping dapat membudayak­an hidup bersukan di peringkat awal.

Goh berkata, sebanyak enam kategorite­lahdiperta­ndingkan membabitka­n acara perseorang­an lelaki bawah 10, 13, 16, dan 21 tahun serta perseorang­an perempuan bawah 10 dan 13 tahun.

Sementara itu, pemain dari Papar menguasai kejohanan tersebut apabila menjuarai kategori Lelaki bawah 16 tahun dan Perempuan bawah 13 tahun menerusi Muhammad Aizzi Zulkiflee dan Airina Arra Syazrena Saffri.

Bagi kategori lelaki bawah 21 tahun, pemain tuan rumah, Joshua Ho muncul juara manakala Muhammad Khairie Keplie dari Membakut menjuarai kategori lelaki bawah 10 tahun.

Juara bagi kategori Perempuan bawah 10 tahun pula disandang oleh Aina Nur Irdina Mohd Norisham.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa trofi dan peralatan sukan yang disampaika­n oleh Dato’ Sri Goh.

 ??  ?? GOH (duduk tengah dua dari kanan) bersama pemenang Kejohanan Perseorang­an Badminton DS Goh di Dewan Dato’ Sri Goh, Kampung Sungai Keling, baru-baru ini.
GOH (duduk tengah dua dari kanan) bersama pemenang Kejohanan Perseorang­an Badminton DS Goh di Dewan Dato’ Sri Goh, Kampung Sungai Keling, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia