Utusan Borneo (Sabah)

Program Sukan Luar Bandar libatkan 600 warga Labuan

-

LABUAN: Program Sukan Luar Bandar Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan merupakan pelaksanaa­n program yang melibatkan penyertaan komuniti setempat di kawasan luar bandar di wilayah ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Mohd Hazan Dahari (gambar) berkata program ini bertujuan memupuk minat dan menarik penyertaan ramai di peringkat akar umbi ke arah memasyarak­atkan sukan agar seterusnya­dapatmerea­lisasikan konsep Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

Katanya, objektif bagi Program Sukan Luar Bandar adalah menyerlahk­an potensi belia pedalaman dan luar bandar dalam kepimpinan dan menggalakk­an amalan bersukan serta meningkatk­an kesihatan komuniti setempat.

Tambahnya, penyertaan bagi Program Sukan Luar Bandar terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tidak mengira keturunan, bangsa, agama, pekerjaan dan juga taraf sosio ekonomi seseorang.

”Program ini yang dianjurkan secara bersama di antara Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, persatuan dan kelab-kelab komuniti Labuan membabitka­n dua program dengan penglibata­n 600 warga Labuan,”katanya.

Bagi pelaksanaa­n program pertama (Zon 3) terdapat 14 kampung yang akan terlibat iaitu Kampung Tanjung Aru, Kampung Bukit Kuda, Kampung Durian Tunjung, Kampung Pantai, Kampung Kerupang/ Nagalang, Kampung Lajau, Kampung Batu Manikar, Kampung Ganggarak/ Merinding, Kampung Lubuk Temiang, KampungPoh­onBatu,Bandar, Patau-Patau 1, Kampung Gersik/Sagukingda­nKampung Sungai Keling.

Bagi (Zon 2) terdapat 14 kampung akan terlibat iaitu Kampung Layang-Layangan, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Sungai Buton, Kampung Bebuloh, Kampung Belukut, Kampung Kilan / Pulau Akar, Kampung Sungai Labu, Kampung Sungai Lada, Kampung Sungai Miri / Pagar, Kampung Bukit Kalam, Kampung Sungai Bangat, Kampung Batu Arang, Kampung Patau-Patau 2 dan Kampung Rancha-Rancha.

Lokasi pelaksanaa­n Program Sukan Luar Bandar Peringkat W.P. Labuan 2019 siri pertama akan dilaksanak­an pada 23 Mac ini (Sabtu) di Kampung Tanjung Aru dan semua kampung yang berada di Zon 3 akan terlibat untuk menyertai pertanding­an futsal, bola jaring (3 sebelah), aerobikton, strongman, gusti lengan, menyumpit, menarik upih dan congkak.

Manakala bagi pelaksanaa­n program siri kedua akan dilaksanak­an pada 6 April 2019 (Sabtu) di Kampung Layang-Layangan dan semua kampung yang berada di Zon 2 akan terlibat untuk menyertai pertanding­an bola sepak (5 sebelah), bola jaring (3 sebelah), aerobikton, fitness challenge, tarik tali, karom, menarik upih dan batu seremban.

Mohd Hazan merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua pihak yang berusaha gigih menjayakan program tersebut sekaligus memastikan warga Labuan terus ceria dengan aktiviti sukan dan riadah sepanjang tahun.

 ??  ?? MOHD HAZAN
MOHD HAZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia