Utusan Borneo (Sabah)

Aubameyang terajui kebangkita­n Arsenal

Padamkan defisit 3-1, atasi Rennes dengan agregat 4-3

- Arsenal Alex Iwobi (kanan) melepaskan rembatan di depan gawang Rennes.

PARIS: Pierre-Emerick Aubameyang menerajui kebangkita­n Arsenal dengan menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Rennes untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Europa dengan agregat 4-3, manakala Chelsea dan Napoli turut menempah tempat pada peringkat suku akhir pada Khamis lepas.

Pasukan The Gunners memadamkan defisit 3-1 mereka daripada pusingan pertama pada minggu lepas di Perancis dalam masa 15 minit apabila Aubameyang menjaringk­an gol dari jarak dekat sebelum dia mengangkat bola kepada Ainsley Maitland-Niles untuk menanduk bola ke dalam gawang.

Bagaimanap­un, Rennes ada sebab untuk mengadu kerana Aubameyang dipercayai ofsaid sebelum jaringan kedua.

Memandangk­an Video Pembantu Pengadil (VAR) tidak digunakan bagi Liga Europa tidak seperti Liga Juara-Juara, jalan keluar tidak ada bagi Rennes dan kelab Ligue 1 itu juga akan merenungka­n peluang yang terlepas setelah waktu rehat apabila kemajuan yang bersejarah bagi kelab itu di Eropah sampai ke penghujung­nya.

M’Baye Niang melakukan cubaan yang terkena tiang gol manakala bentesan saat akhir oleh Sead Kolasinac menafikan Ismaila Sarr sebelum pemain pertahanan sayap Bosnia itu menghantar bola lintang kepada Aubameyang untuk memberi ruang bernafas kepada Arsenal.

Memenangi Liga Europa juga memberikan jaring keselamata­n kepada Arsenal dan Chelsea untuk layak ke Liga Juara-Juara jika mereka gagal untuk memasuki kelompok empat kelab teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun pengurus Arsenal, Unai Emery, yang memenangi Liga Europa sebanyak tiga kali sebagai jurulatih Sevilla, juga mahu memenangi

trofi pada musim pertamanya selaku pengendali.

“Ia bukan sahaja kemungkina­n untuk layak ke Liga Juara-Juara, ia adalah satu kejuaraan dan kami boleh merasai kemungkina­n untuk memenangi satu kejuaraan,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

Chelsea mara ke peringkat suku akhir denganlebi­hmudah apabila enam kelab

EPL mengambil tempat mereka dalam undian suku akhir bersama Manchester

City, Manchester United, Liverpool dan Tottenham pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Selepas kemenangan 3-0 dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir pada minggu

lepas di Stamford Bridge, Chelsea malah lebih dominandiK­ievapabila Olivier Giroud menjaringk­an hatrik pertamanya untuk kelab itu. “Kami bermula dengan sangat baik. Kami mahu bermula dengan cara ini,” kata pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, kepada BT Sport.

“Kami bermain dengan hebat pada babak pertama dan mengurus perlawanan pada babak kedua.”

Giroud, yang belum lagi memulakan perlawanan dalam EPL pada 2019 selepas kemasukan Gonzalo Higuain, menjaringk­an dua gol pada separuh masa pertama sebelum Marcos Alonso menolak masuk gol ketiga sejurus sebelum waktu rehat.

Giroud dari Perancis melengkapk­an hatriknya sebelum pemain sayap remaja Callum Hudson-Odoi melengkapk­an jaringan.

Juara lima kali Sevilla tewas 4-3 selepas masa tambahan untuk kalah dalam perlawanan yang mengasyikk­an menentang Slavia Prague dengan agregat 6-5.

Kelab Sepanyol itu dua kali bangkit selepas ketinggala­n untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan hasl jaringan daripada Wissam Ben Yedder dan Munir El-Haddadi.

Bagaimanap­un, selepas Franco Vazquez memberikan kelebihan 3-2 kepada Sevilla pada malam itu, Slavia membalas dan gol kemenangan Ibrahim Traore seminit sebelum tamat menjamin kemenangan yang masyhur bagi kelab Czech itu.

Napoli melengkapk­an kemenangan agregat 4-3 ke atas Salzburg yang mara ke peringkat separuh akhir pada musim lepas walaupun tewas 3-1 pada pusingan pertama di Austria.

Bagaimanap­un sebuah lagi kelab gergasi Serie A kecundang apabila pemain yang ditaraf tinggi Luka Jovic menjaringk­an gol tunggal pada malam itu apabila Eintracht

- Gambar Reuters Frankfurt menewaskan Inter Milan di San Siro.

Kelab Rusia, Krasnodar, mengalami kekecewaan apabila Goncalo Guedes menjaringk­an gol penyamaan yang dramatik dalam masa kecederaan untuk membantu Valencia mara dengan agregat 3-2 selepas keputusan seri 1-1 pada pusingan kedua.

Kelab Sepanyol mendominas­i pertanding­an ini sejak beberapa tahun lalu dan, walaupun Sevilla mengalami kekalahan, akan mempunyai dua wakil pada peringkat suku akhir selepas Villarreal menewaskan Zenit St Petersburg 2-1 untuk mencatatka­n kemenangan agregat 5-2.

Benfica, naib juara pada 2013 dan 2014, turut diheret ke masa tambahan oleh Dinamo Zagreb tetapi pada akhirnya mengatasi defisit 1-0 pada pusingan pertama dengan kemenangan 3-0 di Lisbon. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENYERANG Chelsea Olivier Giroud gembira selepas menjaringk­an gol ketiga dan mencipta hatrik pertamanya bersama Chelsea ketika menentang Dynamo Kiev di stadium NSK Olimpiysky­i. - Gambar AFP PEMAIN
PENYERANG Chelsea Olivier Giroud gembira selepas menjaringk­an gol ketiga dan mencipta hatrik pertamanya bersama Chelsea ketika menentang Dynamo Kiev di stadium NSK Olimpiysky­i. - Gambar AFP PEMAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia