Utusan Borneo (Sabah)

Penderitaa­n Paulus dan Jelius dapat perhatian Peter

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

TAMBUNAN: Penderitaa­n Paulus Jimit @ Mohd Firdaus dan Jelius Arurung mendapat perhatian Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony.

Peter berkata, keduadua bekas pemain Sabah yang kini sakit itu akan diberi bantuan sewajarnya bagi meringanka­n beban mereka.

Paulus, 57, kini lumpuh sebelah badan dan tidak dapat bertutur kerana serangan angin ahmar sejak 2015 manakala Jelius kehilangan penglihata­n disebabkan masalah buah pinggang.

Peter berkata, selain bantuan kewangan untuk kedua-dua bekas pemain itu, SAFA juga akan membina rumah untuk Paulus

Paulus kini menetap di kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Tambunan yang dalam keadaan tidak selesa untuk mereka sekeluarga.

Beliau mengumumka­n pembinaan rumah untuk Paulus itu semasa mengetuai rombongan SAFA yang turut disertai bekas pemain Sabah dan anggota skuad Tambadau Sabah melawat bekas pemain berkenaan di kediamanny­a, Jumaat.

“Kita tahu Paulus tidak memiliki rumah tetap atau rumah sendiri dan masih menetap di kuaters JKR dan oleh sebab itu kami akan membina sebuah rumah baru untuk keluarga beliau.

“Dengan sumbangan ini, termasukla­h kutipan derma sempena perlawanan amal malam ini (semalam), kita harap akan dapat meringanka­n beban kepada Paulus dan juga seorang lagi bekas pemain kita, Jelius Arurung yang mengalami masalah penglihata­n,” katanya.

Peter berkata, rumah itu akan dibina di tanah Paulus sendiri di Tambunan secepat mungkin agar dia dan keluargany­a dapat mendiami rumah yang lebih selesa dan sewajarnya sebagai bekas pemain yang pernah mengharumk­an nama negeri dalam sukan bola sepak.

Keadaan Paulus dan Jelius juga memberi ilham kepadanya agar SAFA dapat merangka satu pelan persaraan untuk bekas pemain Sabah bagi memastikan kebajikan mereka terjaga selepas bersara dari bola sepak.

Paulus adalah bekas pemain Sabah yang menyarung jersi Gambar ihsan Media SAFA.

pasukan itu sejak 1970-an hingga 1990 dan pernah berganding­an dengan dua legenda negara dari Sabah, Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani.

Beliau juga pernah dipanggil menyertai skuad belia Malaysia ke kejohanan sukan di UAE pada 1981.

Pada 1983 beliau dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya namun terpaksa menolaknya kerana komitmen kerja JKR.

Tahun terakhir beliau beraksi bersama Sabah ialah pada 1990 bersamasam­a dengan legenda bola sepak Sabah seperti Matlan Marjan dan Henry Anjun sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun Sabah.

Antara yangg paling diingati tentang Paulus ialah rembatan pelurunya yang digeruni benteng dan penjaga gol lawan, kemampuan menjaringk­an gol dari jarak jauh dan sepakan sudut.

Paulus dan isterinya, Sharifah Sudin dikurniaka­n enam anak.

Sambil itu, Sharifah bersyukur dan berterima kasih kepada SAFA terutamany­a Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrstrukt­ur kerana bukan sahaja mengambil perhatian keadaan suaminya tetapi turut datang melawat mereka.

 ??  ?? PETER semasa sidang media di kediaman Paulus (duduk di tengah). Turut bersama ialah bekas pemain Sabah dan anggota skuad Tambadau Sabah musim ini.
PETER semasa sidang media di kediaman Paulus (duduk di tengah). Turut bersama ialah bekas pemain Sabah dan anggota skuad Tambadau Sabah musim ini.
 ??  ?? PETER bersalaman dengan Paulus sebaik tiba di kediaman bekas pemain itu.
PETER bersalaman dengan Paulus sebaik tiba di kediaman bekas pemain itu.
 ??  ?? PETER melihat keadaan rumah Paulus.
PETER melihat keadaan rumah Paulus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia