Utusan Borneo (Sabah)

Pandu Puteri adakan kunjungan hormat kepada Toh Puan Norlidah

- (kanan) memberi penerangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanak­an oleh persatuan terbabit kepada Toh Puan Norlidah (kiri).

PERSATUAN Pandu Puteri cawangan Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, pagi Jumaat.

Ketua Pesuruhjay­anya Shirley Wong berkata, kunjungan tersebut adalah bagi mengeratka­n jalinan hubungan dan kerjasama bersama Toh Puan Norlidah sebagai Patron persatuan berkenaan.

“Selain itu, kunjungan hari ini adalah bagi memperkena­lkan barisan jawatankua­sa tertinggi Pandu Puteri Cawangan Sabah yang telah dilantik pada April 2018.

“Kami berharap dapat menjalinka­n kerjasama yang erat bersama Toh Puan Norlidah dan menjemput beliau ke program kami pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu Shirley, menjemput orang ramai untuk mengundi persatuan berkenaan bagi mendapatka­n geran bernilai RM10,000 daripada The United Nations Internatio­nal Children’s Emergency Fund (UNICEF).

“Baru-baru ini Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menandatan­gani satu perjanjian dengan UNICEF di mana geran RM10 ribu akan diberikan kepada cawangan yang mendapat undian yang paling tinggi.

“Sekiranya kami berjaya membawa pulang geran bernilai RM10 ribu itu, ia akan digunakan untuk melaksana program dan aktiviti persatuan di negeri ini.

“Orang ramai adalah dijemput untuk mengundi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar GGSABAH ke 69898 atau menggunaka­n aplikasi WhatsApp 016-8001919,” katanya kepada pemberita.

Sehingga kini, Pandu Puteri mempunyai lapan ribu ahli berdaftar aktif dari kalangan pelajar sekolah tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Sabah, Datuk Naomi Chong.- Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? NAOMI
NAOMI
 ??  ?? NAOMI (duduk, kiri) dan Shirley (duduk, kanan) serta barisan jawatankua­sa tertinggi Pandu Puteri cawangan Sabah bergambar kenangan bersama Toh Puan Norlidah (duduk, tengah).
NAOMI (duduk, kiri) dan Shirley (duduk, kanan) serta barisan jawatankua­sa tertinggi Pandu Puteri cawangan Sabah bergambar kenangan bersama Toh Puan Norlidah (duduk, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia