Utusan Borneo (Sabah)

Bersama membangun budaya

Kerajaan beri perhatian perkasa budaya, seni tempatan

-

KERAJAAN akan memberikan perhatian dalam memastikan pengurusan budaya dan seni tempatan dapat diperkasa dan dimajukan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan baharu berkayakin­an bahawa resolusi yang dikemukaka­n menjadi titik mula dan pemangkin kepada era baharu dalam usaha bersama memajukan, memertabat­kan budaya dan seni di negeri ini.

“Pemimpin-pemimpin etnik dan penggiat budaya dan seni perlu memainkan peranan serta memberikan sumbangan dalam mempromosi serta memertabat­kan budaya dan seni di negeri ini.

“Peranan tersebut bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu ke arah pembanguna­n budaya dan seni di negeri ini,” ujarnya.

Tambah Mohd Shafie, cabaran utama memajukan dan mempromosi bidang budaya dan seni di negeri ini ialah pesaing dengan penggiat budaya dan seni dari luar negeri.

“Bagi menghadapi cabaran tersebut, penggiat budaya dan seni perlu lebih proaktif dan inovatif dalam memanfaatk­an potensi-potensi dan peluang mengkomers­ialkan bidang budaya dan seni.

“Kerajaan akan memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya mengikut keutamaan dan kesesuaian memertabat­kan budaya dan seni di negeri ini,” ujanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assaffal P. Alian dalam majlis Pentutupan Seminar Budaya dan Seni di Institiut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini, pada Khamis.

Seminar Kebudayaan dan Kesenian Etnik disertai 70 persatuan etnik dan 50 persatuan penggiat seni serta kakitangan Mahkamah Anak Negeri yang berlangsun­g selama dua hari bermula 13 Mac lepas.

Seminar berkenaan merupakan kerjasama pintar di antara Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri dan Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pembantu-Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Jannie Lasimbang serta Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Ismaily Bungsu.- Artikel Jabatan Penerangan

Kerajaan baharu berkayakin­an bahawa reolusi yang dikemukaka­n menjadi titik mula dan pemangkin kepada era baharu dalam usaha bersama memajukan, memertabat­kan budaya dan seni di negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? ASSAFFAL menerima draf resolusi daripadase­minarterse­butdaripad­a Ismaily sambil disaksikan oleh Uda dan Jannie.
(Gambar kiri) ASSAFFAL
(depan) menandatan­gani poster seminar sebagai sembolik sokongan terhadap Seminar Kebudayaan dan Kesenian sambil disaksikan oleh Ismaily (kanan).
ASSAFFAL menerima draf resolusi daripadase­minarterse­butdaripad­a Ismaily sambil disaksikan oleh Uda dan Jannie. (Gambar kiri) ASSAFFAL (depan) menandatan­gani poster seminar sebagai sembolik sokongan terhadap Seminar Kebudayaan dan Kesenian sambil disaksikan oleh Ismaily (kanan).
 ??  ?? (Gambar atas) ASSAFFAL (tengah) memalu gong sebagai simbolik majlis pentutupan seminar sambil disaksikan Uda (kiri).
(Gambar atas) ASSAFFAL (tengah) memalu gong sebagai simbolik majlis pentutupan seminar sambil disaksikan Uda (kiri).
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA peserta yang menyertai seminar tersebut.
(Gambar kiri) PARA peserta seminar bergambar kenangan bersama Assaffal (duduk, tengah).
ANTARA peserta yang menyertai seminar tersebut. (Gambar kiri) PARA peserta seminar bergambar kenangan bersama Assaffal (duduk, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia