Utusan Borneo (Sabah)

SPM: Lahad Datu catat GPD 5.45

Teruskan usaha tingkat prestasi sekolah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan menyeru warga sekolah meneruskan usaha dengan menggemble­ng tenaga bersama semaksiman­ya untukmenin­gkatkanpre­stasi sekolah.

Beliau berkata, dengan kerjasama erat semua pihak, prestasi kecerlanga­n dapat dicapai seterusnya menginspir­asi pelajar untuk terus berusaha mencapai kerjayaan.

Katanya, pada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Lahad Datu mencapai Gred Purata Daerah sebanyak 5.45 hasil usaha semua warga sekolah.

“Syabas dan tahniah kepada pengetua serta warga sekolah atas pencapaian yang diperolehi.

“Teruskan usaha, fikirkan idea,gemblengte­nagabersam­a warga sekolah semaksiman­ya untuk meningkatk­an prestasi sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan mengumumka­n keputusan SPM 2018 di Bilik Gerakan SMK Tungku, pada Khamis.

Zamri turut berbangga dengan pencapaian caloncalon SPM 2018 dengan sembilan pelajar mencapai 9A.

“Kepada calon-calon yang cemerlang, teruskan budaya cemerlang dalam pengajian bidang yang diceburi. Kejayaan anda ini akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk berjaya,” katanya.

Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu yang mempunyai 78 calon mencatat prestasi paling cemerlang di daerah ini dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.54.

GPS kedua terbaik dicatat SM St Dominic yang memperoleh 4.41, SMK Segama (5.17), SMK Terusan (5.42), SMK Silabukan (5.66), SMK Agaseh (5.75), SMK Sepagaya Kencana (5.84), (5.83), SMK SMK Tungku Desa (6.01), Kolej Vokasional 7.20).

Peningkata­n GPS terbanyak dicatatkan SMK Silabukan dari 6.25 (2017) kepada 5.66 (2018) iaitu naik sebanyak 0.59 peratus. Seramai 1,899 calon dari sekolah bantuan kerajaan menduduki SPM 2018 di sembilan pusat peperiksaa­n termasuk satu sekolah berasrama penuh, kolej vokasional dan swasta manakala dua pusat calon persendiri­an.

Syabas dan tahniah kepada pengetua serta warga sekolah atas pencapaian yang diperolehi.

ZAMRI PEHAKAN Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu

 ??  ?? ZAMRI bersama-sama pengetua sekolah, pelajar cemerlang dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
ZAMRI bersama-sama pengetua sekolah, pelajar cemerlang dan ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? ZAMRI menyerahka­n slip keputusan SPM 2018 kepada pengetua SMK Tungku.
ZAMRI menyerahka­n slip keputusan SPM 2018 kepada pengetua SMK Tungku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia