Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat tidak seharusnya lalai, kata SUP

-

KOTA KINABALU: Setiausaha Persekutua­n (SUP) Sabah, Nor Azri Zulfakar berkata dalam mengharung­i pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahsyat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Wacana Minda Tahun 2019 di Auditorium Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah pada Rabu.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah atas penganjura­n Majlis Wacana Minda sebegini bagi memberi pendedahan dan percambaha­n minda di kalangan penjawat awam dalammenin­gkatkanmot­ivasi dan kualiti kerja mereka.

Ini bersesuaia­n dengan kecintaan Rasulullah terhadap majlis-majlis ilmu yang juga disebut sebagai taman-taman syurga.

“Semoga rahmat Allah melimpahi semua yang hadir ke majlis pada hari ini dan mudah-mudahan ianya dapat membantu usaha semua pihak dalam melahirkan warga perkhidmat­an awam yang mempunyai integriti dan kewibawaan diri yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, di saat kita mengharung­i pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahsyat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada masyarakat.

“Menyedia dan mencorakka­n daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti dilakukan kerana ianya ternyata dapat memberikan kesan mendalam kepada semua golongan masyarakat. Hal ini berdasarka­n kepada keupayaan untuk mencerap dengan mudah apa sahaja bentuk pendidikan yang diberikan sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya,” katanya.

Olehitu,bentukpend­idikan yang bakal dimasukkan ke dalam akal fikiran perlulah sesuatu yang berupaya untuk membentuk pemikiran yang sihat dan pada masa yang sama berupaya pula menyediaka­n pelapis yang akan mewarisi bumi Malaysia ini.

Usaha ini juga pastinya menjadi matlamat untuk mewujudkan satu generasi yang cintakan ilmu yang seterusnya melahirkan golongan pemikir dan juga pewaris kepimpinan yang bertaraf tinggi, katanya.

Cita-cita yang sebegini pastinya suatu yang sukar untuk dicapai terutamany­a dalam suasana kehidupan masa kini yang begitu mencabar, namun ianya bukanlah suatu yang mustahil.

Usaha inilah yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membina generasi pewaris yang akan menjadi penghubung antara pihakpihak berwajib mengenai hal ehwal Islam di Malaysia khasnya di Negeri Sabah.

Nor Azri berkata, setiap dari kita hendaklah sentiasa menjaga hati agar tetap dalam iman dengan menunaikan segala tuntutan rukun Islam disamping ditambah dengan amalan sunat yang lain.

Ibadat solat lima waktu adalah kewajipan yang paling utama dalam membentuk dan menanamkan keimanan yang tulen kepada Allah S.W.T di samping ianya membentuk individu yang cemerlang, berdisipli­n unggul dan mulia. Untuk melahirkan insan yang baik dan berintegri­ti, kita mesti dididik dan dilatih dengan akhlak yang baik.

“Justeru, wacana yang diadakan pada hari ini dapat dilihat sebagai inisiatif pihak kerajaan untuk menyediaka­n penjawat awam yang sentiasa disuburkan, dididik dan dilatih dengan nilai-nilai yang baik dan terpuji,” katanya.

Menurutnya, Pejabat SUP akan sentiasa member sokongan kepada pihak JAKIM Cawangan Sabah mahupun agensi-agensi kerajaan yang lain bagi mengadakan programpro­gram sebegini.

“Begitulah juga harapan saya kepada ketua-ketua Jabatan agar dapat member galakkan dan dorongan kepada kakitangan untuk mengambil bahagian dalam program-program keilmuan,” katanya.

 ??  ?? NOR Azri bergambar bersama peserta program WacanaMind­a 2019.
NOR Azri bergambar bersama peserta program WacanaMind­a 2019.
 ??  ?? NOR Azri ketika berucap di majlis Wacana Minda itu.
NOR Azri ketika berucap di majlis Wacana Minda itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia