Utusan Borneo (Sabah)

Audrey pelajar terbaik SPM 2018 Labuan

- RAISIN (empat kanan) bersama 14 pelajar cemerlang SPM 2018.

LABUAN: Pelajar SMK Labuan Audrey Agang Teo Li Xin telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2018 Wilayah Persekutua­n Labuan setelah mencapai 10A iaitu 9A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Muzik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, serta mendapat A dalam Pendidikan Moral.

Audrey dan keluarga kini menetap bersama ayahnya David Agang Teo Chuan Fook, berasal dari Kuala Penyu, bekerja sebagai Head - Base Operations/ Business Developmen­t of Asian Supply Base (ASB) dan ibunya Janet Moh Kiew Yen berasal dari Labuan, bekerja sebagai Assistant Manager-Asset Management.

Anak kedua daripada tiga orang adik beradik ini bersekolah di SJK (C) Chung Hwa Labuan dan telah mencapai 5A 1B 1C dalam UPSR.

Beliau meneruskan kecemerlan­gannya dengan memperoleh­i 9A dalam PT3 pada tahun 2016 di SMK Labuan.

Berhasrat untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang perubatan dan bercita-cita menjadi seorang doktor, Audrey mempunyai kegemaran membaca novel dan komik.

Audrey merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua dan semua guru yang telah mendidikny­a dengan penuh dedikasi serta sentiasa berusaha tanpa lelah untuk membantuny­a mencapai kejayaan dalam SPM.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan untuk belajar dengan lebih tekun.

“Sayaturutb­erkongsike­jayaan ini dengan rakan-rakan yang sentiasa membantu mengatasi kepayahan menghadapi pembelajar­an setiap hari terutama di kelas,”katanya.

Seramai tujuh orang pelajar SMK Labuan telah berjaya mencapai semua A dalam SPM 2018.

Ini merupakan 50 peratus daripada jumlah 14 orang pelajar cemerlang SPM seluruh Labuan pada tahun lalu.

AUDREY (dua kanan) yang ditemani bapanya, David Agang menerima keputusan daripada Raisin sambil diperhatik­an Sawal (tiga kanan), Ismail (dua kiri) dan Md Yuof.

Mereka ialah Janice Su Shi Fen (8A+, 2A), Yap Joewin (8A+, 1A, 2A-), Tan Xuan Jie (7A+, 3A, 2A- ), Belle Tan Bei Er (6A+, 3A, 2A- ), Wynette Clarissa Liew Chea Chyee (3A+, 6A, 1A- ) dan Jayne Carey Wong (2A+, 5A, 3A-).

Jumlah pelajar cemerlang ini meningkat berbanding empat orang pada 2017.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapka­n tahniah kepada semua pelajar yang berjaya, serta ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam pelaksanaa­n programpro­gram akademik.

Katanya, bilangan murid yang ramai menyebabka­n sekolah perlu menyusun strategi untuk memenuhi matlamat membantu dan membimbing pelajar mengikut keupayaan masing-masing.

Selain daripada tumpuan kepada pelajar cemerlang, Ismail berkata sekolah juga memberi tumpuan kepada kumpulan murid sederhana dan lemah untuk meningkatk­an peratus penguasaan minimum.

Ismail juga berharap jumlah pelajar yang layak melanjutka­n pelajaran ke program Matrikulas­i, Diploma dan Tingkatan Enam akan meningkat berbanding tahuntahun sebelumnya.

Pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian akademik juga akan dibantu dari segi khidmat nasihat tentang peluang-peluang yang boleh diceburi selepas ini berdasarka­n potensi masingmasi­ng kerana warga SMK Labuan sentiasa berpegang kepada slogan ‘Setiap Murid Bernilai’.

“Syabas buat semua pelajar yang telah mengharumk­an nama SMK Labuan dengan menghasilk­an keputusan cemerlang dalam SPM 2018. Terima kasih kepada semua guru, PIBG dan ibu bapa serta komuniti yang berterusan membantu kecemerlan­gan akademik di SMK Labuan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin mengumumka­n keputusan SPM 2018 di Dewan Mutiara SMK Labuan, Khamis lalu.

Turut hadir Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n Sawal Salleh, Ketua Penolong Pengarah BTPN Awang Marten Datuk Abd Rahman, Ketua-ketua Sektor, Pengetua dan Yang Dipertua PIBG SMK Labuan Haji Md Yusof Chuchu.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n Zalina Zunkepely, Penolong Kanan Tingkatan 6 Saminan Sabtu, Marziawati Mardan (PK HEM), Cheah Teong Aik (PK Kokurikulu­m) dan Penolong Kanan Petang, Kitli Beka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia