Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah hulur sumbangan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah menganjurk­an jamuan amal Tahun Baharu Cina kepada penghuni rumah warga emas, kanak-kanak kurang bernasib baik dan pertubuhan amal, di Restoran E-West, Luyang dekat sini baru-baru ini.

Antara pertubuhan amal yangmengha­dirimajlis­ituialah Pertubuhan Thalassaem­ia Sabah, Sabah Cheshire Home and Services, Care Haven Home, Special Olympics Sabah, Anglican Retirement Kampong (The ARK) dan The Hope Village retirement community, di Tuaran.

Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah menyampaik­an sumbangan sebanyak RM30,000 di mana setiap pertubuhan dan pusat amal masing-masing menerima RM5,000 untuk menampung keperluan mereka.

Sumbangan berkenaan disampaika­n oleh penasihat Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah Tan Sri Datuk David Chu Sui Kiong dan ahli jawatankua­sa persatuan berkenaan, Monica Chang, dan Eddie Lee.

Turut hadir Puan Sri Datin Irene Loo, Yap How Nam, Mervin Lu, Noberta Francis, Evelyn Lee, May Yong dan Steven Chin serta wakil dari Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah.

Majlis itu turut diserikan oleh persembaha­n tarian singa, diikuti kemunculan badut JellyNFren­z dengan penuh kalakar sambil memberi belon, Choy San memberikan gula-gula dan persembaha­n kugiran Foh Sang Singing.

Suasana jamuan amal Tahun Baharu Cina itu memberikan suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan bagi semua yang menghadiri majlis itu untuk kebajikan dan solidariti terhadap golongan warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan.

 ??  ?? KANAK-KANAK kurang bernasib baik dan warga emas daripada pertubuhan dan pusat amal bergambar kenangan bersama-sama David Chu serta AJK Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah.
KANAK-KANAK kurang bernasib baik dan warga emas daripada pertubuhan dan pusat amal bergambar kenangan bersama-sama David Chu serta AJK Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah.
 ??  ?? WAKIL-WAKIL pertubuhan dan rumah amal terdiri Reverend Paul Lau, Pastor Clarence Fu Tze Kong, Ms. Jennifer Liew, Annie Fung, Ngo York Kong dan Francis Mujim gembira menerima sumbangan kewangan daripada Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah.
WAKIL-WAKIL pertubuhan dan rumah amal terdiri Reverend Paul Lau, Pastor Clarence Fu Tze Kong, Ms. Jennifer Liew, Annie Fung, Ngo York Kong dan Francis Mujim gembira menerima sumbangan kewangan daripada Persatuan Syarikat Pengurusan Kelab Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia