Utusan Borneo (Sabah)

PIBG sumbang pencapaian sekolah hasilkan lulusan cemerlang

- Oleh HENRY BATING

TANDEK: Kerjasama erat dalam kalangan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan kunci kejayaan sesebuah sekolah.

“Kerjasama itulah yang telah meletakkan SK Mosolog menjulang nama di Tandek apabila melahirkan ramai murid yang berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan,” kata Setiausaha Sulit Ketua Menteri Francis Au.

Menurutnya sekolah yang mula dibangunka­n pada tahun 1963 itu telah melahirkan ramai bekas murid cemerlang termasuk Dr Nelson Misin yang kini mengusahak­an klinik perubatan dan Prof Dr Jinaron Jailip pensyarah bidang perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketika merasmikan mesyuarat PIBG, Francis meminta Yang Dipertua Jukina Adun agar memaklumka­n kepada Pegawai Daerah Kota Marudu untuk membuat penilaian semula ke atas dewan terbuka yang kurang selesa.

Beliau yang juga Ketua Wira Warisan Kota Marudu turut menyampaik­an sumbangan ikhlas RM1,000 kepada PIBG.

Terdahulu, Guru Besar SK Mosolog Anthony Saimin berkata 48 murid Tahun Enam sekolah itu telah dihantar mengikuti seminar keunggulan matematik dua hari di SJKC Khoi Ming.

Beliau meminta kepada pihak berkuasa agar memberi perhatian kepada pemagaran sekolah itu bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak baik berlaku ke atas murid-murid sekolah berkenaan.

Sementara itu, Dusi Rumie, 67, bekas murid sekolah itu dan kini menjadi ahli jawatankua­sa PIBG menyifatka­n perkembang­an sekolah itu yang kini memiliki taman hutan herba dapat memperkemb­angkan pengetahua­n murid dalam bidang tumbuhan.

Beliau yang merupakan pesara kerajaan terus mengenangk­an suasana sekolah itu pada zamannya yang dididik guru berdedikas­i seperti Majuning Majun dan Willy @Masangi Simbaku.

 ??  ?? FRANCIS memalu gong perasmian mesyuarat PIBG.
FRANCIS memalu gong perasmian mesyuarat PIBG.
 ??  ?? DUSI
DUSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia