Utusan Borneo (Sabah)

576 pelajar kumpulan pertama pemohon i-GPS

-

KUCHING: Seramai 576 pelajar Sarawak menjadi kumpulan pertama pemohon subsidi Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) yang telah diluluskan.

Penasihat Sarawak Volunteers Fazzrudin Abdul Rahman berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM172,800 yang dimasukkan terus ke akaun penerima secara berperingk­at.

Pada Rabu, majlis penyampaia­n i-GPS diadakan untuk 10 pelajar yang menerima pembayaran di Bangunan Yayasan Sarawak.

Sejak diumumkan pada 30 Januari lepas, i-GPS mendapat sambutan amat menggalakk­an.

Setakat 11 Mac, 3,471 permohonan diterima dan daripada jumlah tersebut, 2,775 permohonan sudah diproses.

Setakat ini, 1,275 permohonan telah berjaya, manakala 1,198 permohonan tidak lengkap.

“Mereka yang berkenaan telah dihubungi untuk melengkapk­an permohonan masing-masing dengan menghantar dokumendok­umen yang diperlukan untuk diproses semula,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Sejumlah 300 lagi permohonan ditolak kerana tidak memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan dan daripada jumlah tersebut, 180 pemohon telah dimaklumka­n.

Melalui i-GPS, Kerajaan Sarawak menyediaka­n subsidi berjumlah RM300 kepada pelajar Sarawak yang belajar secara sepenuh masa di institusi-institusi pengajian tinggi yang berdaftar di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk balik ke Sarawak.

Setiap pelajar layak memohon subsidi i-GPS ini dua kali sahaja dalam setahun.

Mereka perlu mengisi borang online yang disediakan dan memuat naik salinan maklumat perjalanan penerbanga­n, salinan pas masuk (boarding pass), surat pengesahan terkini sebagai pelajar sepenuh masa di IPT, salinan kad pengenalan dan salinan penyata akaun bank masing-masing.

“Kita amat berterima kasih kepada (Ketua Menteri) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana memperkena­lkan inisiatif ini untuk meringanka­n beban pelajar-pelajar kita.

“Sekali lagi bukti janji yang diumumkan oleh Ketua Menteri telah dilaksanak­an,” katanya.

Butiran lanjut tentang terma dan syarat serta permohonan i-GPS boleh didapati daripada laman rasmi Facebook Sarawak Volunteers di pautan fb.com/ sarawakvol­unteers.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Sekretaria­t Sarawak Volunteers di talian 0113322110­7/ 082536235 atau melalui e-mel sarawakvol­unteers@gmail. com atau igps.sv@gmail. com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia