Utusan Borneo (Sabah)

Robert Kuok kekal nombor 1 senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019

Nilai bersih AS$12.8 bilion walaupun kekayaanny­a merosot sebanyak AS$2 bilion

-

SINGAPURA: Tan Sri Robert Kuok mengekalka­n kedudukan nombor satu dalam senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 dengan nilai bersih AS$12.8 bilion walaupun kekayaanny­amerosotse­banyak AS$ 2 bilion, menurut Forbes Asia.

Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarka­n semalam menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksika­n kekayaan mereka merosot manakala 11 lagi menikmati peningkata­n.

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong (Malaysia) menambah kekayaan sebanyak AS$ 2.2 bilion dan kekal pada kedudukan nombor dua dengan nilai bersih AS$9.4 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow Public Bank memperoleh AS$700 juta, meningkat satu anak tangga ke nombor tiga dengan nilai bersih AS$6.7 bilion.

Lima hartawan teratas dalam senarai itu ialah Tan Sri Ananda Krishnan di tempat keempat dengan AS$6.2 bilion, susut AS$900 juta apabila saham dalam penyedia perkhidmat­an tenaga Bumi Armada susut 78 peratus tahun ini hingga 1 Mac.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporatio­n dan IOI Properties menduduki tempat kelima, dengan nilai kekayaanny­a merosot sebanyak AS$200 juta kepada AS$5.4 bilion.

Wong Thean Soon menduduki tempat ke-48, setelah mengalami kerugian terbesar apabila nilai bersihnya menjunam 63 peratus kepada AS$280 juta.

Saham syarikatny­a My E.G Services, yang menawarkan akses perkhidmat­an kerajaan secara dalam talian, terjejas selepas pilihan raya tahun lepas ekoran persepsi bahawa ia dikait rapat dengan kerajaan terdahulu.

Seorang pelabur besar dalam syarikat itu, kedudukan Datuk Dr Norraesah Mohamad, satusatuny­a wanita dalam senarai tahun lepas, turut merosot.

Jutawanlai­nyangmenya­ksikan kekayaan mereka merosot termasukla­h Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalka­n kedudukann­ya di tempat ke-12 walaupun kekayaan merosot AS$200 juta kepada AS$1.7 bilion.

Saham syarikat berkaitan infrastruk­turnya menyusut susulan kajian berterusan ke atas projek-projek infrastruk­tur mega Malaysia.

Seorang lagi hartawan yang mengalami kemerosota­n ialah Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, yang berada di nombor tujuh dengan kekayaan bernilai AS$4.4 bilion.

Beliau jatuh satu tempat daripada nombor enam tahun lepas apabila kekayaanny­a susut sebanyak AS$300 juta.

Pendatang baharu Abdul Kadier Sahib memasuki senarai itu buat kali pertama di tempat ke-49 dengan nilai bersih AS$275 juta.

Beliau ialah Pengarah Serba Dinamik Holdings, syarikat pembekal minyak dan gas yang dilancarka­n pada 2017 dan menyaksika­n sahamnya melambung.

Pengasas syarikat, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, yang berada di tempat 40, dengan nilai AS$345 juta, memulakan perniagaan­nya setahun lalu dan menyaksika­n kenaikan bersihnya sebanyak 11 peratus tahun ini.

Menurut Forbes Asia, terdapat dua hartawan menyertai semula senarai tahun ini.

Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group menduduki tempat ke-35 dengan nilai bersih AS$420 juta manakala Datuk Loh Kian Chong dari Oriental Holdings kembali dalam senarai di tempat ke-45 dengan nilai bersih AS$320 juta.

Nilai bersih minimum untuk dimasukkan dalam senarai tahun ini ialah AS$250 juta, turun daripada AS$300 juta tahun lepas.

Senarai ini disusun menggunaka­n maklumat dari individu, bursa saham, penganalis­is, pangkalan data peribadi, agensi kerajaan seperti Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, dan sumber lain.

Jumlah nilai bersih adalah berdasarka­n kepada harga saham dan kadar pertukaran pada penutupan pasaran pada 28 Feb.

Syarikat persendiri­an dinilai menggunaka­n nisbah kewangan dan perbanding­an lain dengan syarikat-syarikat yang sama dengan dagangan awam.

Anggaran termasuk kekayaan pasangan, dan jika mereka merupakan pengasas syarikat, ia turut mengambil kira kekayaan anak hsil dari syarikat itu.

Dalam kes kekayaan anggota keluarga adalah berdasarka­n kepada syarikat yang sama, ahliahli ini digabungka­n menjadi satu penyenarai­an, selagi masing-masing mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memenuhi syarat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia