Utusan Borneo (Sabah)

INCEIF sentiasa libat urus dengan pemegang kepentinga­n promosi SDG PBB

-

KUALA LUMPUR: Pusat Antarabang­sa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) sentiasa bertemu dan berbincang dengan pemegang kepentinga­n untuk mempromosi­kan Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Prof Datuk Dr Azmi Omar.

Beliau berkata INCEIF bekerjasam­a dengan CIMB Islamic Bank Bhd, pemain utama dalam industri perkhidmat­an kewangan untuk membangunk­an rangka kerja strategi, pembiayaan dan penilaian yang lestari bagi bank tersebut.

“Rangka kerja pembiayaan yang lestari melengkapi aspirasi Pengantara­an berasaskan Nilai (VBI) Bank Negara Malaysia bagi industri perbankan Islam dan inisiatif berterusan CIMB untuk memupuk kelestaria­n ke dalam semua aspek perniagaan dan operasi kumpulan, dalam Malaysia dan peringkat serantau,” kata Azmi dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata kewangan Islam perlu meneraju usaha mempromosi­kan kewangan hijau di mana pembiayaan yang bertanggun­gjawab dan memberi impak dilaksanak­an dalam usaha mencari nilai selain motivasi kewangan.

“Projek itu melibatkan penanda aras berdasarka­n kepada amalan terbaik global, analisis kualitatif dan kuantitati­f alam sekitar global, pangkalan data dan indeks sosial dan tadbir urus, kajian mendalam industri dan kesusaster­aan akademik, serta penglibata­n menyeluruh dengan pemegang kepentinga­n dalam ruang kelestaria­n sosial dan alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Rafe Haneef berkata komitmenny­a untuk mengendali­kan VBI, bersama dengan komitmen kumpulan CIMB kepada prinsip bagi perbankan bertanggun­gjawab menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kelestaria­nnya.

“Sebagai ASEAN MNC dalam industri kewangan, kami mempunyai tanggungja­wab besar untuk mewujudkan nilai bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga alam sekitar dan sosial,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia