Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran hartanah rumah teres semakin mendapat permintaan tinggi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pasaran hartanah rumah teres kini semakin berkembang dengan permintaan tinggi daripada masyarakat yang inginkan gaya hidup moden.

Pengurus Besar Kumpulan SCP Chuah Jin Teik berkata, Sabah khususnya tidak mempunyai ramai pemaju yang ingin membina rumah teres sebaliknya memberikan tumpuan kepada unit pangsapuri.

“Projek terbaharu kami iaitu Damaisari Kolombong sudah dibuka untuk dijual sejak dua minggu lalu dan sehingga hari ini, lebih 90 peratus daripada 96 unit rumah teres ini sudah ditempah dan dijual.

“Projek ini terdiri daripada empat fasa kesemuanya, kami membuat keputusan untuk melancarka­n kesemua fasa sekali memandangk­an jualan yang diperolehi sangat memberangs­angkan,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran Galeri Damaisari Kolombong di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, unit yang dijual terdiri daripada dua kategori iaitu rumah teres dua tingkat dengan keluasan 2, 305 kaki per segi dan rumah teres tiga tingkat (3, 454 kaki per segi).

Katanya, pembinaan projek itu sudah dimulakan dan dijangka siap pada Jun 2021. Tapak perumahan itu turut dirawat selama enam tahun sebelum ini untuk menjamin tidak wujud sebarang mendapan tanah pada masa hadapan.

“Harga untuk setiap unit dijual pada RM730,000 sehingga RM1.4 juta. Kami juga memberikan jaminan selama dua tahun terhadap sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh itu.

“Lokasi yang sangat strategik ini menjadikan

CHUAH ketika memperkena­lkan galeri Damaisari Kolombong.

Damaisari Kolombong mempunyai nilai yang sangat tinggi. Ia dikeliling­i jalanjalan utama di bandaraya ini selain berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah, pusat beli-belah, hospital dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, rumah teres dua tingkat itu dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, sementara, rumah teres tiga tingkat terdiri daripada lima bilik tidur dan empat bilik mandi.

Katanya, Sabah khususnya di bandaraya ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pembinaan projek perumahan.

“Sabah adalah salah satu destinasi kami untuk membina lebih banyak rumah seumpamany­a,” katanya.

Antara projek yang dibangunka­n Kumpulan SCP sebelum ini di sini adalah Inanam Kapital, Ashton Tower Kolombong dan Bukit Damaisari Manggatal.

 ??  ?? RUMAH contoh dua dan tiga tingkat Damaisari Kolombong.
RUMAH contoh dua dan tiga tingkat Damaisari Kolombong.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri, atas dan kanan) REKA bentuk dalaman setiap unit rumah.
(Gambar kiri, atas dan kanan) REKA bentuk dalaman setiap unit rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia