Utusan Borneo (Sabah)

Mekanisme subsidi petrol bersasar dimuktamad­kan pada Julai 2019

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkak­an dapat memuktamad­kan mekanisme pelaksanaa­n sistem kad khas petrol subsidi secara bersasar selewat-lewatnya pada Julai depan.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata ini berikutan pelbagai aspek yang perlu diperhalus­i termasuk mengenal pasti senarai penerima yang layak mendapat bantuan tersebut.

Pada masa sama, Kementeria­n Kewangan juga memerlukan masa untuk menyempurn­akan ketetapan permintaan cadangan (RFP) bagi tujuan pemilihan vendor berkaitan.

“Kita mahu memastikan program ini berjalan lancar dan komponen terpenting­nya adalah mengutamak­an senarai penerimany­a.

“(Malah) senarai yang sedang disediakan itu melibatkan sebanyak 17 agensi dan bukan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pendaftara­n dan Jabatan Pengangkut­an Jalan.

“Pemeriksaa­n terperinci ini memakan masa dan inilah seperti yang disebutkan oleh Timbalan Menteri (Chong Chieng Jen) di Parlimen (semalam),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis mengumumka­n jalinan kerjasama antara Petronas Dagangan Bhd (PDB), Loob Holding Sdn Bhd (Loob) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawan­an) UiTM, Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad.

Pada Rabu, Chong dipetik sebagai berkata kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad mengenai mekanisme pelaksanaa­n subsidi petrol secara bersasar itu.

Menurutnya, mekanisme itu perlu memenuhi tiga ciri utama iaitu pelaksanaa­nnya lancar dan memudahkan pengguna, menggunaka­n sistem yang dilengkapi ciri-ciri keselamata­n tinggi manakala aspek ketiga adalah ia dapat digunakan di semua stesen minyak di bandar atau di luar bandar.

Sementara itu, pada majlis hari Khamis, PDB berkata kerjasama dengan Loob itu membabitka­n pembukaan premis francais Tealive di rangkaian Kedai Mesra Petronas di seluruh Malaysia, termasuk sasaran pembukaan 300 kedai tersebut dalam tempoh tiga tahun.

Syed Zainal Abidin berkata kerjasama itu sejajar dengan strategi syarikat untuk mengembang­kan perniagaan bukan berasaskan bahan api selain menjadi pusat sehenti komuniti.

Kerjasamai­tuturutmem­beri peluang keusahawan­an bagi penuntut tahun akhir UiTM untuk diserapkan ke dalam program latihan industri dan perintis berkaitan. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia