Utusan Borneo (Sabah)

Akta Wakilan EU bermatlama­t jejaskan kehidupan pekebun

Didasari politik properlind­ungan, tidak tepat, berbentuk diskrimina­si

-

KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama Teresa Kok membidas Akta Wakilan Kesatuan Eropah (EU) yang mengklasif­ikasikan minyak sawit sebagai ‘berisiko tinggi’, dengan menyifatka­nnya sebagai mendiskrim­inasi ekonomi negara membangun yang akan menjejaska­n kehidupan pekebun kecil.

Negara pengeluar minyak sawit, termasuk Malaysia, katanya secara konsisten telah menggarisk­an fakta bahawa Akta Wakilan itu didasari faktor yang tidak tepat dan berbentuk diskrimina­si.

“Akta itu mendiskrim­inasi ekonomi negara membangun di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin yang menghasilk­an minyak sawit, dan ia dirancang untuk menyusahka­n kehidupan berjuta-juta petani kecil,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Kok berkata keseluruha­n proses Akta Wakilan ini tidak berasaskan sains biobahan atau sains penebangan hutan, sebaliknya berasaskan politik properlind­ungan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menurutnya, menjelaska­n bahawa jika akta itu diterima pakai, Malaysia akan bertindak terhadap eksport Eropah untuk menangani tindakan perlindung­an agresif itu.

Malaysia juga akan bekerjasam­a dengan negara rakan kongsi Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit bagi menangani isu tersebut di Pertubuhan Perdaganga­n Dunia.

Kementeria­n telah menghantar delegasi untuk bertemu pegawai EU dan mengemukak­an hujah negara dan kedudukan tindakan yang dicadangka­n, awal bulan ini.

“Akta Wakilan EU bermatlama­t memperkaya petani Barat dengan mengorbank­an petani Malaysia.”

Kok berkata keputusan itu mengetenga­hkan sikap diskrimina­si EU memandangk­an langkah yang sama tidak diambil ke atas minyak kacang soya, walaupun kajian kesatuan itu sendiri membuktika­n kacang soya menyumbang lebih besar kepada penebangan hutan.

“Minyak sawit menghasilk­an lapan kali lebih banyak minyak daripada minyak soya AS bagi setiap hektar, namun Suruhanjay­a Eropah mengklasif­ikasikan kacang soya sebagai ‘berisiko rendah’ atas alasan politik,” katanya.

Beliau juga kesal terhadap keputusan oleh EU yang mendefinis­ikan pekebun kecil sebagai pemilik kepada dua hektar kawasan ladang berbanding cadangan dua hingga lima hektar yang dimasukkan dalam draf akta berkenaan.

“Keputusan suruhanjay­a Eropah untuk menghentik­an penggunaan minyak sawit sebagai biobahan api di Eropah atas dasar minyak sawit menyebabka­n penebangan hutan, adalah tidak berasas.

Langkah ini juga mencermink­an ketulusan EU dalam melaksanak­an matlamat pembanguna­n mampan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa penyelidik­an menunjukka­n bahawa minyak sawit bukan penyebab utama penebangan hutan, selain Malaysia dan Indonesia telah mengisytih­arkan larangan atas pengembang­an ladang kelapa sawit. - Bernama

“Akta itu mendiskrim­inasi ekonomi negara membangun di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin yang menghasilk­an minyak sawit, dan ia dirancang untuk menyusahka­n kehidupan ” berjuta-juta petani kecil.

TERESA KOK Menteri Industri Utama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia