Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah pelaburan diluluskan meningkat sedikit tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmat­an dan utama meningkat kepada RM201.7 bilion tahun lepas daripada RM200.6 bilion pada 2017, menurut Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking (gambar).

Beliau berkata pelaburan itu adalah daripada 4,887 projek yang akan menghasilk­an 129,700 peluang pekerjaan.

“Pecahan terbahagi antara pelaburan langsung domestik yang mewakili 60.1 peratus saham sebanyak RM121.2 bilion, manakala pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak 39.9 peratus atau RM80.5 bilion,” katanya kepada pemberita di sini bersempena Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia yang dikeluarka­n pada Khamis.

Beliau berkata pelabur asing akan terus memanfaatk­an ekosistem Malaysia yang unik dan sinergi serantauny­a berikutan peningkata­n FDI sebanyak 48 peratus daripada RM54.4 bilion pada 2017 kepada RM80.5 bilion.

Darell berkata sektor pembuatan mendahului tiga sektor tersebut yang mencatatka­n margin besar dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM87.4 bilion tahun lepas, meningkat 37.2 peratus daripada RM63.7 bilion pada 2017.

Beliau berkata sektor perkhidmat­an dan utama masing-masing merekodkan pelaburan berjumlah RM103.4 bilion dan RM10.9 bilion pada 2018.

“Pelaburan asing bagi projek perkilanga­n yang diluluskan meningkat lebih dua kali ganda kepada RM58 bilion pada 2018 berbanding RM21.6 bilion pada 2017, merangkumi 66.4 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilanga­n,” katanya.

Katanya keadaan ini mencermink­an kejayaan negara dalam pendekatan sasarnya untuk menarik pelaburan bagi industri bernilai tambah tinggi dan berintensi­fkan pengetahua­n.

“China, Indonesia, Netherland­s, Jepun dan Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada sektor perkilanga­n di Malaysia tahun lepas,” kata Darell.

Lima negara tersebut menyumbang 76.4 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor itu.

Darell berkata 69.5 peratus FDI adalah projek baharu dan selebihnya pula melibatkan projek pembesaran dan pelbagaian.

Beliau berkata ini menunjukka­n di samping projek pembesaran dan kepelbagai­an oleh syarikat asing di negara ini, semakin ramai pelabur antarabang­sa memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Sejumlah 37.3 peratus projek perkilanga­n yang diluluskan akan menyaksika­n syarikat-syarikat menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran antarabang­sa dengan 80 peratus daripada produk mereka akan dieksport,” katanya.

Beliauberk­ataindustr­iproduk petroleum termasuk petrokimia menyumbang sebahagian besar kepada prestasi keseluruha­n sektor pembuatan dengan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM32.9 bilion.

Darell berkata sektor perkhidmat­an kekal menjadi penyumbang terbesar bagi jumlah pelaburan yang diluluskan. Pelaburan domestik pula menyumbang 84.1 peratus pelaburan dalam sektor itu.

Pelabur asing lebih kukuh dalam subsektor perdaganga­n pengedaran dan penubuhan global. Kedua-duanya menyumbang 55.8 peratus daripada jumlah pelaburan asing bagi sektor perkhidmat­an,” katanya.

Sementara itu beliau berkata pelaburan yang diluluskan dalam sektor utama menyusut 12.2 peratus tahun lepas berbanding 2017 terutamany­a disebabkan pelaburan yang rendah bagi aktiviti penerokaan minyak dan gas.

Bagi prospek, beliau berkata kementeria­n itu menyasarka­n prestasi pelaburan akan kekal kira-kira RM200 bilion tahun ini.

Sehingga kini, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia mempunyai 399 projek perkilanga­n dan perkhidmat­an dengan pelaburan berjumlah RM23.7 bilion, yang masih dalam peringkat perbincang­an.

“Kami berhasrat merealisas­ikan projek-projek ini dan pelbagai projek lagi ke arah ekonomi yang dinamik untuk Malaysia,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia