Utusan Borneo (Sabah)

Lulus pembiayaan RM134 juta kepada 726 syarikat Bumiputera sehingga Dis 2018

-

NILAI: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM134.02 juta kepada 726 buah syarikat dan perniagaan automotif sehingga Dis, 2018, yang melibatkan seramai 845 usahawan Bumiputera termasuk pengedar minyak enjin kenderaan serta pusat tuntutan insuran dan kemalangan.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata negeri Selangor berada dikeduduka­n pertama dengan jumlah kelulusan sebanyak RM83.61 juta yang melibatkan 234 syarikat dan perniagaan, manakala Negeri Sembilan di tempat kelapan dengan jumlah kelulusan pembiayaan RM16.56 juta yang melibatkan 34 buah syarikat dan perniagaan.

“Ini merupakan suatu perkembang­an yang baik, namun, PUNB berhasrat untuk mengukuhka­n lagi kedudukan Bumiputera khususnya di negeri ini terutama dalam bidang pembekalan alat ganti kenderaan yang kini dimonopoli oleh usahawan bukan Bumiputera,” katanya pada majlis perasmian pusat perkhidmat­an automotif SRM Ukhwah Holding Sdn Bhd Cawangan Bandar Enstek, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawan­an) Datuk Zulfikri Osman, Pengarah MARA Negeri Sembilan Mimi Mazlin Mohamad Yusof dan Pengarah Urusan SRM Ukhwah Holding Sdn Bhd Shahrael Azahar Abdul Rahman.

Izwan berkata tahun ini PUNB telah membuat beberapa perubahan dalam hala tuju dan strategi korporatny­a mengikut perkembang­an, tuntutan dan keperluan pembiayaan pada masa kini, yang mana salah satunya adalah pembiayaan kewangan PUNB yang kini ditawarkan bermula daripada RM100,000 sehingga maksimum RM10 juta.

“Malah, tempoh pembiayaan juga dipanjangk­an sehingga 10 tahun. PUNB juga telah mengaktifk­an semula khidmat sokongan perniagaan­nya untuk membantu operasi dan pengurusan perniagaan ke arah tadbir urus yang lebih mantap,” katanya.

Menyentuh mengenai SRM Ukhwah Holding, beliau berkata syarikat tersebut mendapat pembiayaan daripada PUNB pada 2009 dan sejak itu perniagaan­nya telah berkembang pesat dan berjaya mendapat kepercayaa­n PUNB untuk meluluskan dua lagi pembiayaan tambahan pada 2013 dan 2016.

“Ternyata formula perniagaan dan pengalaman Encik Shahrael selama lebih 10 tahun dalam bidang ini telah membuahkan hasil dengan pembukaan cawangan perniagaan­nya yang kelima di Bandar Enstek pada Jumaat.

“Saya difahamkan syarikat itu turut mendapat pembiayaan daripada MARA. Saya amat berharap sokongan pembiayaan oleh PUNB dan MARA akan menjadikan kedudukan dan operasi syarikat ini semakin mantap dan terus maju dalam perniagaan,” kata Izwan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia