Utusan Borneo (Sabah)

Yong Jun-hyung dan Choi Jong-hoon turut terbabit skandal seks Jung Joon-young

-

DUA lagi bintang K-pop bersara Khamis lepas, kata agensi masingmasi­ng, manakala skandal berhubung video seks haram dan kesalahan semakin meluas dalam industri muzik Korea Selatan.

Yong Jun-hyung, 29, meninggalk­an kumpulan remaja lelaki Highlight – dahulu dikenali sebagai Beast – selepas dia mengakui menonton video penyanyi-penulis lagu Jung Joon-young melakukan perbuatan seks dengan wanita yang diambil tanpa izin mereka, kata agensinya.

Beberapa jam kemudian, pengurus Choi Jonghoon, 29, seorang anggota kumpulan remaja lelaki FT Island, mengumumka­n persaraann­ya dengan menyatakan dia akan disoal oleh polis pada hujung minggu ini berhubung “syak-wasangka” bahawa dia terbabit dalam skandal itu.

Choi dipercayai menjadi anggota sebuah laman bual dalam talian di mana Jung berkongsi rakaman – sama seperti bintang K-pop mega Seungri.

Seungri dan Jung mengumumka­n persaraan mereka daripada dunia hiburan pada awal minggu ini.

Jung, 30, disoal oleh polis pada Khamis berhubung video berkenaan, manakala Seungri – seorang anggota kumpulan remaja lelaki BIGBANG dengan pelbagai kepentinga­n perniagaan – turut disoal kerana didakwa menyediaka­n pelacur untuk pelaburnya yang berpotensi.

Kedua-dua lelaki memohon maaf kepada “semua warga Korea” ketika mereka melaporkan diri kepada polis dan berjanji untuk bekerja sama dengan inkuiri.

Yong menerima rakaman berkenaan terus daripada Jung, menontonny­a dan mengadakan “perbualan yang tidak wajar” dengannya, agensinya Around Us Entertainm­ent menyebut dalam satu kenyataan.

Korea Selatan telah memerangi wabak yang semakin serius bagi apa yang dipanggil ‘molka’ atau video ‘spycam’ – yang kebanyakan­nya melibatkan wanita, yang dirakam secara sulit oleh lelaki.

Selain merakamkan wanita secara sulit di sekolah, tandas dan pejabat, “pornografi balas dendam” – video hubungan seks yang diambil tanpa izin pasangan – dipercayai sama berleluasa.

Menurut Han Sol, seorang aktivis di Flaming Feminist Action, video sedemikian sudah sekian lama ditonton dan dikongsi oleh lelaki Korea Selatan sebagai sebentuk hiburan dan cara untuk mengukuhka­n “hubungan bersaudara” di kalangan mereka.

Yong, yang juga pernah bekerja sebagai pelakon dan penerbit rekod, dahulu menafikan dakwaan bahawa dia terlibat dalam skandal seks Kpop yang sedang berlaku dan mengancam untuk mengubah imej industri itu yang “sihat dan segar”.

Bagi aktivis wanita Korea Selatan, skandal itu, termasuk pendedahan terbaharu, tidak memeranjat­kan.

Ribuan wanita menunjuk perasaan beberapa kali di Seoul pada tahun lepas untuk membantah video pornografi balas dendam dan ‘spycam’, sebagai sebahagian daripada pergerakan #MeToo yang semakin berkembang di negara itu.

“Kes ini hanya menunjukka­n bintang Kpop lelaki tidak terkecuali dari segi menjadi sebahagian daripada realiti yang sangat meresahkan dan mengeksplo­itasikan wanita ini,” kata aktivis hak wanita Bae Bok-ju kepada AFP. — AFP

CHOI JONG-HOON

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia