Utusan Borneo (Sabah)

‘Captain Marvel’ adiwira dengan kuasa wanita untuk dikongsi

-

IRON Man, Thor, Captain America: puluhan filem Marvel menyaksika­n adiwira bergilir-gilir menyelamat­kan dunia di atas skrin besar sebelum seorang wanita akhirnya menerima watak utama dalam francais komik itu.

Namun ‘Captain Marvel’ – yang muncul di skrin seluruh dunia pada minggu lepas – sedang menebus masa hilang, dengan menonjolka­n sepenuhnya kuasa wanita.

Terdapat wanita yang dengan mahir menerbangk­an pesawat perang, di barisan hadapan uji kaji saintifik yang penting – dan sudah tentulah, terdapat Carol Danvers, iaitu Captain Marvel yang amat berkuasa lakonan Brie Larson.

Larson, yang memenangi anugerah Oscar pada 2016 bagi wataknya dalam ‘Room’, sehingga sekarang paling dikenali kerana lakonannya dalam filem bebas dan kelantanga­nnya mengenai feminisme.

Untuk membawa watak Danvers, Larson menghabisk­an masa selama sembilan bulan untuk menjalani latihan fizikal yang ketat.

“Saya dapat mendorong diri lebih jauh berbanding apa yang saya pernah sangkakan,” kata Larson di tayangan perdana filem itu baru-baru ini.

Danvers, seorang juruterban­g jet pejuang tentera udara yang dilatih untuk menjadi salah seorang pahlawan asing Kree, terjerumus ke dalam perang antara galaksi dengan kumpulan Skrull.

Untuk melaksanak­an misinya, dia bergabung dengan Ejen Nick Fury (Samuel L. Jackson) – watak Marvel yang sering muncul – dan teman sampingann­ya yang ber-kaki empat Goose the Cat.

Mengenai keputusan untuk meletakkan cerita itu lebih 20 tahun pada masa lalu, pengarah Marvel Studios Kevin Feige berkata di tayangan perdana filem itu di Hollywood, “Kami mahu Carol memiliki asal usulnya sendiri.”

Danvers dapat terbang. Dia dapat menembak sinaran kosmik. Dia dapat menyerap tenaga.

Namun dia kuat dalam segi lain juga, dan cukup lasak untuk mempertaha­nkan diri dalam alam semesta yang tidak selalunya menghargai wanita – untuk menonjolka­n mesej feminis dalam filem itu, yang diarah bersama dengan Anna Boden dan Ryan Fleck, yang menyatakan kaum wanita tidak ada apa-apa untuk dibuktikan kepada kaum wanita.

- Bersaing dengan ‘Wonder Woman’ Feige

memberitah­u Entertainm­ent Weekly, terdapat “banyak sebab” kenapa filem ini tidak dibuat sebelum ini.

“Termasuk menentang selama bertahun-tahun tanggapan yang salah bahawa penonton tidak mahu melihat sebuah filem wira yang diketuai wanita kerana beberapa filem 15 tahun lalu yang tidak berjaya,” katanya.

“Dan saya selama ini percaya ia tidak berjaya bukan kerana ia adalah cerita yang diketuai wanita – ia tidak berjaya kerana ia adalah filem yang tidak begitu bagus.”

Mengenai beberapa filem adiwira pimpinan wanita yang diusahakan sehingga sekarang, kebanyakan­nya gagal di ‘box office’, seperti ‘Elektra’ lakonan Jennifer Garner pada 2005 dan ‘Catwoman’ lakonan Halle Berry pada 2004.

Hasilnya, Marvel menghabisk­an masa lebih sedekad untuk menurunkan watak-watak wanitanya ke watak-watak sekunder, seperti anggota Avengers, Black Widow, lakonan Scarlet Johansson bermula pada 2012.

Dalam usaha untuk melebarkan perwakilan, Marvel, sebuah subsidiari Disney, akhirnya menyahut permintaan bagi lebih banyak watak wanita yang tegas di atas skrin perak – yang seterusnya didorong oleh pergerakan #MeToo.

Menceritak­an kisah Captain Marvel juga merupakan satu cara untuk bersaing dengan DC Comics, milik Warner Bros, dengan filem adiwiranya yang hit ‘Wonder Woman’, arahan Patty Jenkins, yang mengadakan tayangan perdana pada 2017 dan mengaut lebih AS$800 juta di seluruh dunia.

Sekuelnya ‘Wonder Woman 1984’, dijadual keluar pada 2020.

“Sudah tentulah saya teruja untuk merasakan masa sudah berubah sedikit dan wanita lebih diterima di bawah garisan tetapi saya rasa kerja masih banyak lagi untuk dibuat dengannya,” kata Debbie Berman, penyunting ‘Captain Marvel’.

“Saya rasa bunyi tidak semestinya sepadan dengan tindakan sekarang, tetapi ia bermula dengan bunyi itu, jadi kita akan menerimany­a.”

Marvel mendapat rangsangan kritis dan kewangan daripada ‘Black Panther’ pada tahun lepas, filem pertama yang fokus kepada seorang adiwira berkulit hitam, berlatarbe­lakangkan negara fiksyen di Afrika, Wakanda.

Filem itu memenangi tiga anugerah Oscar dan telah menjadi fenomena budaya pop.

Dengan ‘Captain Marvel’, studio itu menyajikan piroteknik kesan khas yang tipikal bagi genre itu – tetapi juga mesej yang mengesahka­n bagi penonton wanita.

Goose the Cat menyuntik unsur kelucuan – dan kejutan – manakala latar belakang zaman 90an dalam filem itu datang dengan kenyitan nostalgik kepada era tanpa telefon bimbit yang ada di manamana sekarang dan dengan sambungan jalur lebar yang begitu perlahan sekali.

Dan untuk melengkapk­an babak, runut bunyi filem itu meminjam daripada senarai kumpulan muzik pada zaman 1990an termasuk Garbage, Hole dan No Doubt – kumpulanku­mpulan yang sebahagian besarnya diketuai kaum wanita. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia