Utusan Borneo (Sabah)

Perbanyakk­an pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja

Sarawak mempunyai ramai wanita berbakat, ia membolehka­n mereka kembali bekerja selepas melahirkan anak: Fatimah

-

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih banyak taska berdaftar dan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk membolehka­n wanita kembali bekerja selepas melahirkan anak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak mempunyai ramai wanita berbakat dalam DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak pelbagai bidang.

Bagaimanap­un katanya, cabaran timbul apabila mereka terpaksa berhenti kerja kerana kesukaran untuk mendapatka­n khidmat jagaan bagi anak-anak mereka.

“Penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja ini sudah menjadi kemestian bagi ibu bapa muda bekerja terutama mereka yang tidak ada pembantu rumah atau bantuan keluarga.

“Justeru, para majikan perlu melihat taska di tempat kerja sebagai satu sistem sokongan yang sangat kritikal,” ujarnya ketika berucap merasmikan Little Power Genius, pusat jagaan kanak-kanak pertama Sarawak Energy yang beroperasi di Menara Sarawak Energy di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili serta yang lain.

Tambah Fatimah, terdapat sebanyak 234 pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Sarawak dan 12 pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja termasuk Little Power Genius.

Bagi membantu pusat-pusat jagaan kanak-kanak tersebut katanya, kerajaan negeri menyediaka­n geran tahunan khas RM5,000 kepada semua taska dan tadika berdaftar.

Geran itu katanya, boleh digunakan bagi menyediaka­n makanan sihat dan seimbang untuk kanak-kanak atau melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an yang menyeronok­kan dengan memberi penekanan kepada pendigital­an asuhan dan didikan kanak-kanak.

Selain itu, geran tersebut juga boleh digunakan bagi melaksanak­an pelbagai aktiviti murid yang melibatkan penyertaan ibu bapa serta membiayai kursus atau latihan pendidik dan pengasuh, katanya.

Bercakap mengenai Little Power Genius, Fatimah berkata, penubuhann­ya oleh Sarawak Energy menunjukka­n bagaimana sesebuah organisasi dapat menggalakk­an dan menyediaka­n kesenangan dan ketenangan minda kepada ibu bapa muda terutama kaum ibu untuk kekal di tempat kerja.

“Saya difahamkan penubuhan Little Power Genius ini adalah susulan daripada permintaan Kesatuan SESCO dan direalisas­ikan menerusi kerjasama rapat antara Jaringan Wanita Terkemuka Sarawak Energy (SELWN) dan Jabatan Sumber Manusia Sarawak Energy.

“Ini merupakan satu contoh yang baik dan kami berharap lebih banyak organisasi dan agensi di negeri ini akan mengambil inisiatif yang sama,” kata Fatimah.

“Penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja ini sudah menjadi kemestian bagi ibu bapa muda bekerja terutama mereka yang tidak ada pembantu rumah atau bantuan ” keluarga

 ??  ?? FATIMAH serta tetamu kenamaan lain merakamkan gambar bersama kanak-kanak asuhan Little Power Genius Sarawak Energy di Auditorium Menara Sarawak Energy di Kuching pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon
FATIMAH serta tetamu kenamaan lain merakamkan gambar bersama kanak-kanak asuhan Little Power Genius Sarawak Energy di Auditorium Menara Sarawak Energy di Kuching pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia