Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan diskrimina­si EC jejaskan 112,635 pekebun kecil FELDA

-

KUALA LUMPUR: Keputusan berat sebelah Suruhanjay­a Eropah (EC) yang menyenarai­kan minyak sawit sebagai bukan bahan api hijau, akan menjejaska­n seramai 112,635 pekebun kecil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) yang sudah pun dibebani kesan penyusutan harga minyak sawit (MSM).

Dalam satu kenyataan kelmarin, FELDA menyifatka­n keputusan itu sebagai bermotifka­n politik, tidak adil dan merupakan perlindung­an yang bersifat diskrimina­si.

“Kami mengutuk sekerasker­asnya keputusan EC pada 13 Mac lepas yang menyenarai­kan minyak sawit sebagai bukan bahan api hijau dan tidak harus dipromosik­an kerana menyebabka­n kemusnahan hutan,” kata FELDA.

Malah, FELDA berkata larangan terhadap minyak sawit itu akan hanya memburukka­n lagi nasib pekebun kecil yang sudah pun terjejas akibat penyusutan harga MSM selain menjadikan mereka terperangk­ap dalam kemiskinan.

Ini berikutan keadaan golongan itu yang bergantung kepada pendapatan daripada hasil komoditi itu untuk menikmati kehidupan lebih baik bagi diri sendiri serta keluarga masingmasi­ng.

FELDA yang menyertai Felcra Bhd, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia, bertindak mengeluark­an deklarasi bersama meminta kerajaan melaksanak­an pendekatan lebih tegas bagi menangani isu itu termasuk menggunaka­n saluran politik dan ekonomi untuk membantah sekatan minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).

“Kami ingin mengulangi pendirian tegas kami bahawa (tindakan) perlindung­an sedemikian adalah menyamai sekatan ekonomi jika EU tidak menarik balik keputusan ini demi melindungi kepentinga­n seramai 650,000 pekebun kecil dan tanggungan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia