Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu mohon, semua ahli UPP jadi ahli PSB secara automatik: Andrew

-

SIBU: Semua ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) tidak perlu mengemukak­an permohonan baharu dan akan menjadi ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) secara automatik.

Pengerusi Unit Bumiputera PSB Cawangan Bawang Assan Andrew Shilling berkata, hanya mereka yang masih belum menyertai UPP atau mana-mana parti perlu mengisi borang untuk menyertai PSB.

“Semua ahli UPP tidak perlu mendaftar untuk menjadi ahli PSB kerana mereka secara automatik akan menjadi ahli PSB.

“Hanya mereka yang baharu ingin menyertai PSB perlu mengisi borang,” ujarnya ketika mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Bumiputera PSB Bawang Assan dan Dudong di Pejabat PSB Bawang Assan, pada Jumaat.

PSB yang sebelum ini dikenali sebagai UPP telah diluluskan pendaftara­n oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 22 Februari 2019.

Menurut Andrew, PSB terbuka kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

“PSB terbuka kepada semua asalkan mereka benar-benar ingin bekerja dan berjuang untuk hak-hak penduduk Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli Bumiputera PSB agar lebih aktif menambah keahlian baharu untuk menguatkan parti yang kini mempunyai nama serta visi dan misi baharu.

Andrew juga mengingatk­an ahli-ahli parti agar tidak mengeluark­an kenyataan memburuk-burukkan orang atau parti lain dalam media sosial seperti Facebook.

“Sebaliknya kita harus menerangka­n ideologi dan hala tuju parti, selain visi dan misi kepada orang ramai,” jelasnya.

Beliau turut menyeru ahliahli Bumiputera Bawang Assan dan Dudong agar terus bekerjasam­a bagi mengukuhka­n lagi parti.

Hadir sama Pengerusi Unit Bumiputera PSB Cawangan Dudong Bansa Sandah.

 ??  ?? ANDREW
ANDREW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia