Utusan Borneo (Sabah)

Amalan disiplin penting kepada warga KKTP

- Oleh YAP SIONG HAN

RANAU: Amalan disiplin dalam kalangan kakitangan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) sangat penting dalam usaha melancarka­n lagi segala perkhidmat­an kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, tidak berguna sekiranya mampu meningkatk­an sumber pendapatan sekiranya wujudnya masalah disiplin dalam kalangan warga KKTP termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sabah.

“Anda semua perlu sentiasa mengingatk­an diri masing-masing dengan melaksanak­an tugas secara beretika.

“Saya inginkan KKTP ini cemerlang bukannya daripada usaha saya sendiri sebagai menteri sebaliknya semua kakitangan dalam kementeria­n ini perlu cemerlang dalam menyampaik­an perkhidmat­an,” katanya ketika merasmikan Majlis Malam Muhibbah Sukan Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) ke-12, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, bersukan bukan sahaja penting kepada kesihatan dan kecergasan setiap warga KKTP tetapi semangat berpasukan yang wujud kena diaplikasi­kan ketika melaksanak­an tugasan harian.

Katanya, kerjasama itu penting kepada KKTP dan PBT dalam usaha memajukan setiap daerah di Sabah.

“Tidak kira pangkat, tidak kira menteri atau pembantu menteri, hubungan yang wujud itu mesti rapat. Keadaan ini sudah pasti membolehka­n segala agenda yang dirancang mampu dilaksanak­an dengan baik.

“Saya juga yakin dengan wujudnya sikap positif daripada aktiviti sukan, KKTP mampu menjadi antara kementeria­n yang cemerlang di negeri ini berdasarka­n petunjuk prestasi utama (KPI).

“Semuanya akan dinilai, bukan sahaja dari segi sukan tetapi juga dari segi disiplin setiap pasukan, kerjasama dan inilah sebahagian daripada KPI yang perlu dilaksana,” katanya.

Ketika ditemui, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, pertanding­an mempunyai adat kalah dan menang tetapi perkara yang penting adalah wujudnya perpaduan dan kesatuan dalam kalangan warga KKTP.

Katanya, perpaduan itu penting kepada warga KKTP dan PBT dalam usaha menjadikan Sabah salah satu negeri yang maju di negara ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew, Setiausaha Tetap KKTP Masnah Matsalleh, Timbalan Setiausaha Tetap KKTP Wong Foo Tin serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? JAUJAN (tengah) menyampaik­an bendera kejohanan kepada wakil Zon 8 selaku tuan rumah SKTS ke-13 pada 2021.
JAUJAN (tengah) menyampaik­an bendera kejohanan kepada wakil Zon 8 selaku tuan rumah SKTS ke-13 pada 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia