Utusan Borneo (Sabah)

Daerah Telupid terus membangun

Lakar transforma­si dalam bidang ekopelanco­ngan sebagai tarikan terbaharu

-

SEJAK dinaik taraf menjadi daerah penuh pada tahun 2014, kini Telupid terus melakar transforma­si mencakupi bidang ekonomi, pertanian mahupun bidang eko-pelanconga­n yang merupakan tarikan terbaharu para pengunjung untuk ke daerah ini.

Telupid yang terletak 232 kilometer dari Kota Kinabalu dan 130 kilometer dari Sandakan merupakan tempat persinggah­an para pengguna jalan raya antara pantai barat dan pantai timur Sabah.

Ia merupakan daerah yang begitu sinonim dengan sektor pertanian seperti perladanga­n komoditi sawit dan getah sejak dahulu lagi yang mana, rata-rata pekerjaan utama masyarakat di daerah ini adalah pekebun sawit dan getah.

Menyingkap latar belakang daerah Telupid, ia menjadi daerah kecil di bawah pentadbira­n daerah Beluran sejak tahun 1977 sehinggala­h daerah itu telah diumumkan untuk dinaik taraf sebagai daerah penuh oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada 29 April 2013 serta diwartakan sepenuhnya pada 1 Januari 2014.

Menurut Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat, keluasan Telupid adalah 3,698.367 kilometer persegi yang mempunyai sebanyak empat mukim dan 34 kampung.

“Kini pendudukny­a seramai 30,800 orang yang terdiri daripada suku kaum Kadazan Dusun, Sungai, Dumpas, Tidong, Bugis serta lain-lain suku kaum seperti Cina, Suluk, Melayu, Brunei, Ubian dan Pakistan.

“Daerah Telupid kini akan terus membangun setaraf dengan daerah penuh yang lain di negeri ini yang mana lokasinya yang strategik iaitu di pertengaha­n laluan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan.

“Jalan itu yang terangkum dalam projek Lebuhraya Pan Borneo seperti yang dicadangka­n sebelum ini bakal merubah daerah ini untuk menjadi tarikan para pengunjung,” ujarnya.

Sebagai pegawai daerah, beliau juga mahukan penduduk daerah ini dapat berfikir di luar kotak dan tidak hanya bergantung pada sektor pertanian sawit serta getah semata-mata.

Justeru, antara yang menjadi perhatian di daerah ini adalah Pusat Pembiakan dan Penyelidik­an Kerbau terbesar di Malaysia serta projek pembanguna­n rusa yang terletak di Kampung Melapi selain Pusat Pembiakan Kambing Australia di Jalan Entilibon.

Benedict amat optimis Telupid akan terus menerima perubahan dan transforma­si sesuai dengan statusnya sebagai daerah penuh, khususnya dalam pembanguna­n infrastruk­tur mahupun perkhidmat­an oleh jabatan-jabatan kerajaan walaupun setakat ini hanya beberapa jabatan dan agensi yang memulakan khidmat kepada penduduk daerah ini.

“Saya yakin kerajaan negeri mahupun Persekutua­n akan secara beransur meletakkan perkhidmat­an jabatan dan agensi kerajaan yang lain ke Telupid dalam memastikan penduduk daerah ini mendapat manfaat dan tidak ketinggala­n menerima sistem penyampaia­n kerajaan.

“Antara bangunan yang akan dibina di daerah ini adalah Kompleks Jabatan Kerja Raya yang telah diluluskan pembinaann­ya, serta menunggu kelulusan penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang amat diperlukan oleh masyarakat di sini,” katanya.

Ia ditambahka­n lagi dengan sektor eko-pelanconga­n yang sejak kebelakang­an ini berkembang dengan maju dan menjadi salah satu tarikan oleh masyarakat Sabah mahupun para pelancong dari luar yang menjadikan Air Terjun Tawai sebagai destinasi kunjungan apabila ke Telupid.

Selain itu, para pencinta alam yang ingin melawat ke Hutan Simpan Imbak Kanyon di Tongod menjadikan Pekan Telupid sebagai lokasi penginapan mereka sebelum berkunjung ke kawasan

hutan simpan itu, sekali gus menjadikan industri perhotelan bajet di pekan berkenaan berkembang maju.

“Industri hotel di daerah ini memang mengalami perkembang­an positif yang mana kini, Telupid mempunyai enam hotel dan tiga Rumah Rehat Kerajaan yang kadangkala tidak mampu menampung jumlah penginapan yang meningkat khususnya pada musim cuti sekolah mahupun musim perayaan.

“Air Terjun Tawai kini juga menjadi sebutan dalam kalangan pengunjung yang telah melawat tempat ini yang mana, kecantikan air terjun itu mampu membuatkan para pengunjung jatuh cinta disebabkan keindahan semulajadi serta keadaan airnya yang jernih.

“Jadi, memang tidak hairanlah sektor ekopelanco­ngan memberikan kesan yang begitu positif kepada kemajuan daerah Telupid yang mana, penduduk setempat juga mendapat limpahan rezeki khususnya dalam bidang perhotelan, gerai mahupun restoran di pekan ini serta para penjaja tamu mingguan di Pekan Telupid,” ujarnya.

Rata-rata masyarakat sekitar yang ditemui berharap Daerah Telupid akan terus memacu kemajuan seiringan dengan tarafnya sebagai daerah penuh.

Norwani Laimon yang bertugas sebagai penyambut tetamu di City Hotel Pekan Telupid berkata, hotel itu kerap dikunjungi oleh para pengunjung yang ingin melawat Air Terjun Tawai selain menjadi tempat persinggah­an untuk bermalam bagi para pengunjung yang ingin ke pantai timur Sabah.

“Biasanya hotel ini akan penuh setiap kali hujung minggu mahupun musim cuti sekolah yang mana,

bukan sahaja penduduk tempatan Sabah yang menginap bahkan para pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara Riduan Junaidi, 45, yang bertugas sebagai pendidik berharap pada suatu hari nanti akan dibina institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara mahupun institusi pengajian tinggi yang lain supaya anakanak tempatan tidak perlu ke luar daerah untuk menimba ilmu.

Bagi salah seorang penjaja Tamu Mingguan, Shriff Mokhtar, 50, Telupid kini memerlukan penambahba­ikan infrastruk­tur yang mapan dari segi jalan raya serta sistem saliran yang teratur dan baik.

Katanya, Telupid kini telah berubah khususnya Pekan Telupid dengan penambahan bangunan kedai baharu, sedikit sebanyak mengubah

landskap pemandanga­n pekan itu.

Menurut salah seorang generasi Y yang ditemui, Candra Laibis, 21, mewakili anak muda, golongan seusianya amat berharap peluang pekerjaan akan banyak diwujudkan di daerah ini.

“Ini kerana, generasi Y di sini banyak berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan yang menjanjika­n lebih banyak peluang pekerjaan.

“Namun saya tidak menolak sektor perhotelan dan eko-pelanconga­n bakal menawarkan peluang pekerjaan yang banyak di daerah ini nanti,” katanya.

Justeru, Telupid walaupun diiktiraf sebagai daerah luar bandar, namun terus memacu transforma­si pembanguna­n setiap aspek ekonomi dan pembanguna­n infra yang akan menjadikan daerah Telupid agar ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan daerah penuh yang lain di negeri di bawah

bayu ini.- Artikel Jabatan Penerangan

Daerah Telupid kini akan terus membangun setaraf dengan daerah penuh yang lain di negeri ini yang mana lokasinya yang strategik iaitu di pertengaha­n laluan Jalan Kota Kinabalu-Sandakan. BENEDICT ASMAT Pegawai Daerah Telupid

 ??  ?? (Gambar atas) BANGUNAN baharu yang mengubah sedikit sebanyak Pekan Telupid.
(Gambar kiri) DERETAN bangunan baharu kedai di Pekan Telupid yang baru siap dibina. TAWAI Rainforest Camp yang merupakan produk eko-pelanconga­n semakin mendapat sambutan para pengunjung.
(Gambar atas) BANGUNAN baharu yang mengubah sedikit sebanyak Pekan Telupid. (Gambar kiri) DERETAN bangunan baharu kedai di Pekan Telupid yang baru siap dibina. TAWAI Rainforest Camp yang merupakan produk eko-pelanconga­n semakin mendapat sambutan para pengunjung.
 ??  ??
 ??  ?? RIDUAN
RIDUAN
 ??  ?? SHRIFF
SHRIFF
 ??  ?? BANK Simpanan Nasional di Pekan Telupid untuk kemudahan penduduk.
BANK Simpanan Nasional di Pekan Telupid untuk kemudahan penduduk.
 ??  ?? RESTORAN makanan segera terkemuka juga beroperasi di Telupid.
RESTORAN makanan segera terkemuka juga beroperasi di Telupid.
 ??  ?? BENEDICT sempat menjenguk ke Pasar Pekan Telupid.
BENEDICT sempat menjenguk ke Pasar Pekan Telupid.
 ??  ?? BENEDICT melawat Tamu Mingguan Pekan Telupid.
BENEDICT melawat Tamu Mingguan Pekan Telupid.
 ??  ?? NORWANI (kiri) dan Candra (kanan).
NORWANI (kiri) dan Candra (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia