Utusan Borneo (Sabah)

Sevilla pecat Machin, lantik Caparros sebagai jurulatih

Pecat Machin ekoran siri keputusan yang buruk

-

SEVILLE: Sevilla memecat jurulatih Pablo Machin dan melantik pengarah bola sepak kelab Joaquin Caparros sebagai penggantin­ya sehingga akhir musim.

Machin mengambil alih tugas pada Mei tahun lepas setelah membimbing Girona untuk menamatkan musim di tempat ke-10 dalam kempen pertama mereka dalam La Liga.

Namun demikian, walaupun bermula dengan kuat di Sevilla, termasuk menyaksika­n mereka menduduki tempat teratas liga pada November lalu, keputusan telah merudum dan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang terancam.

Sevilla menduduki tempat keenam, lima mata di belakang tempat keempat, dan penyingkir­an mereka dari Liga Europa di tangan Slavia Prague pada Khamis lepas ternyata tidak dapat mengekalka­n Machin.

Mereka menang enam daripada 18 perlawanan mereka sejak awal tahun.

“Sevilla FC telah membuat keputusan pada Jumaat ini untuk berpisah dengan jurulatih pasukan pertama Pablo Machin ekoran siri keputusan yang buruk sejak beberapa minggu lepas,” satu kenyataan rasmi kelab menyebut.

“Pengarah sukan Joaquin Caparros akan memegang tampuk berkuatkua­sa serta merta.”

Caparros membimbing pasukan itu selama sebulan pada musim lepas setelah Vincenzo Montella dipecat dan menyaksika­n tiga kemenangan daripada empat perlawanan sebagai pengendali, termasuk kemenangan 3-2 di tempat sendiri ke atas Real Madrid.

Dia akan memikul tanggungja­wab ke atas Sevilla pada malam ini (Ahad) apabila mereka bertandang ke Espanyol dalam La Liga.

“Caparros pasti ada pengalaman dalam jawatan ini,” kenyataan kelab menambah. “Dia mengambil alih tempat Vincenzo Montella dalam situasi yang sama pada musim ini.”

– AFP

Sevilla FC telah membuat keputusan pada Jumaat ini untuk berpisah dengan jurulatih pasukan pertama Pablo Machin ekoran siri keputusan yang buruk sejak beberapa minggu lepas.

KENYATAAN RASMI KELAB

 ??  ??
 ??  ?? MACHIN
MACHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia