Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen Tawau tahan 45 PTI warga Filipina

-

TAWAU: Seorang wanita bersama bayinya yang mengemis di Jalan Persisiran Highway di sini, merupakan antara 45 pendatang asing tanpa izin (PTI) yang ditahan Jabatan Imigresen Tawau, di sekitar bandar Tawau pada Khamis.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 30-an yang mengendong bayi tiga bulan terbabit bertindak berani melarikan diri ke laut selepas menyedari kehadiran anggota pihak berkuasa yang menjalanka­n Ops Sapu di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Imigresen Tawau, Abdul Samat Wahab berkata dalam operasi bermula 12.30 tengah hari itu, seramai 45 warga Filipina terdiri daripada seorang lelaki dewasa, 19 wanita, serta 13 kanak-kanak lelaki serta 12 kanak-kanak perempuan yang berumur antara tiga bulan hingga 89 tahun ditahan.

“Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua mereka kini ditahan di Pusat Tahan Sementara di sini untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Abdul Samat berkata operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa, ke arah menjadikan Sabah sejahtera dan aman.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan PTI di daerah itu agar melaporkan segera kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, tinjauan Bernama pada Jumaat mendapati kawasan yang menjadi tumpuan pengemis (bukan warganegar­a) di Jalan Persisiran Highway, sepi daripada kehadiran golongan itu.

Bernama sebelum ini, melaporkan kawasan itu menjadi tumpuan pengemis cilik berusia antara setahun hingga 12 tahun dan disyaki dipergunak­an ibu bapa mereka untuk mengemis sebagai mata pencarian.

Senario yang biasa dilihat, pengemis cilik itu pergi dari satu kereta ke kereta lain menagih simpati menggunaka­n isyarat meminta duit untuk makan, jika tidak dilayan mereka akan mengetuk pintu. Bernama

 ??  ?? JAUJAN (tengah) ketika sidang media itu. Turut sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) George Hiew (kiri) dan Setiausaha Tetap KKTP Masnah Matsalleh (kanan).
JAUJAN (tengah) ketika sidang media itu. Turut sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) George Hiew (kiri) dan Setiausaha Tetap KKTP Masnah Matsalleh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia