Utusan Borneo (Sabah)

Letak Muis sebagai penaung, penyelaras jabatan dan agensi

Sebagai penyelaras kepada jabatan dan agensi serta NGO Islam di Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif berharap kerajaan negeri meletakkan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) sebagai penaung dan penyelaras kepada jabatan dan agensi serta NGO Islam di negeri ini.

Ini termasuk juga jabatan, agensi dan NGO Islam dari pusat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

“Dengan ada satu badan penyelaras yang khusus, segala program dan gerakan dakwah akan dapat dilaksanak­an secara lebih teratur dan kemaskini tanpa sebarang pertindiha­n dan ia turut memberi kesan yang lebih mapan dan positif dalam usaha kita memperkasa­kan gerakan dakwah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi menyokong dua Rang Undang-Undang yang dibentangk­an di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Antaranya Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2019.

Rang Undang Undang tersebut dibentangk­an oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar di mana ianya mendapat sokongan dari ahli ahli Dewan dan akan mula dikuat kuasakan pada 20 Mei ini.

Dalam pada itu Arifin juga berharap kerajaan negeri turut meminta kerajaan pusat meneruskan penglibata­n wakil Sabah sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim sepertiman­a amalan sebelum ini.

“Ini penting untuk penyelaras­aan dakwah dan pengurusan Yadim di Sabah,” jelas beliau.

Selaras dengan pindaan RU U ini, Arifin juga melahirkan harapan kepada kerajaan negeri agar dapat meletakkan (Muis) sebagai pemangkin kepada pemantapan dan pelaksanaa­n pegangan Ahlus Sunnah Waljamaah dalam perundanga­n, fatwa, pentadbira­n, pendidikan, dakwah dan pengimarah­an masjid.

“Akidah Ahlus Sunnah Waljamaah berlandask­an Rahmatalli­l Alamin, wasatiyah dan menolak unsurunsur ekstrmsme dan segala bentuk tindakan ganas dan melampau,” katanya.

Tambah Arifin dengan wujud satu badan yang menaungi dan menyelaras jabatan, agensi dan NGO Islam di negeri ini akan dapat menguruska­n sistem pengurusan berkualiti dalam hal ehwal Islam bagi merealisas­ikan penghayata­n Islam sebagai Ad-Din melalui penyelidik­an, pendidikan dan penggunaan teknologi maklumat.

 ??  ?? ARIFIN bersalaman sambil mengucapka­n tahniah kepada Menteri Undang Undang dan Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar selepas pembentang­an usul tersebut.
ARIFIN bersalaman sambil mengucapka­n tahniah kepada Menteri Undang Undang dan Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar selepas pembentang­an usul tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia