Utusan Borneo (Sabah)

Belia sambut baik pelan kerajaan

Penerbanga­n terus Guangzhou-Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GPBBT) sambut baik pelan kerajaan memperkena­lkan penerbanga­n terus Guangzhou, China-Tawau, yang dijadual bermula Julai tahun ini.

Pengerusi GPBBT Andi Muhd Suryady Bandy optimis inisiatif itu akan merancakka­n lagi kedatangan pelancong sekaligus memperkasa­kan ekonomi penduduk setempat di Tawau.

“Kita berharap kerajaan dapat memastikan pelancong China tidak hanya tertumpu ke Semporna, sebaliknya turut singgah ke tempattemp­at pelanconga­n lain yang ada.

“Misalnya, di Tawau dan Lahad Datu yang mempunyai tarikan pelanconga­n seperti keindahan alam semulajadi, keunikan flora dan faunanya,” katanya di sini pada Jumaat.

Suryady berkata, golongan belia juga perlu mengambil peluang dengan perkembang­an itu menerusi penawaran produk atau perkhidmat­an untuk ditawarkan kepada pelancong.

Pada masa sama, beliau percaya usaha bersama peniaga-peniaga belia dapat dilonjakka­n lagi jika hubungan kerjasama strategik dua hala dengan kerajaan dapat diwujudkan.

“Kita melihat banyak peluang ekonomi yang berpotensi, seperti pengangkut­an, makanan dan minuman, penginapan, kraftangan, cenderamat­a dan pemandu pelancong,” katanya.

Menurutnya, industri hiliran juga diyakini akan menerima impak paling besar, namun kemudahan infrastruk­tur perlu dipastikan dapat memenuhi keperluan pelancong bercuti.

Antaranya, berkaitan kelengkapa­n asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, yang dikhuatiri boleh mempengaru­hi kecenderun­gan pelancong, jika kurang memuaskan.

Pengerusi Kelab Belia Perdana Kg Air Semporna merangkap Timbalan Pengerusi GPBBT Aby Zeehad Abdullah Sani berharap belia dapat diberikan peranan aktif.

“Golongan belia harus merebut peluang-peluang yang terbuka untuk menjana ekonomi terutama mengembang­kan perniagaan seperti penginapan, homestay, resort atau hotel.

“Kemudahan-kemudahan yang ada juga perlu dinaiktara­f untuk keselesaan pelancong serta menjadikan teras pelanconga­n berkonsepk­an kebudayaan sebagai intipati utama.

“Kita juga berharap akan lebih ramai belia yang diberikan pendedahan melalui kursus khas industri pelanconga­n seperti pemandu pelancong dan ‘master dive’,” katanya.

Aby percaya Semporna sebagai ‘World Class Destinatio­n’, akan terus memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelancong pelancong yang bercuti di daerah berkenaan.

Namun beliau berharap Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) Sabah mempermuda­hkan permohonan lesen pemain pelanconga­n untuk belia.

“Kita amat berharap golongan belia akan diberikan insentif khas serta modal permulaan untuk berkecimpu­ng di dalam industri pelanconga­n sebagai pemain aktif,” katanya.

Presiden Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT) yang juga Bendahari GPBBT Ahsan M Idris menyifatka­n perkembang­an itu sebagai perkhabara­n gembira untuk warga Tawau.

Ahsan percaya impak ekonomi untuk Wilayah Selatan seperti Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kalabakan akan menerima manfaat dalam pelbagai aspek selain ekonomi.

“Kita melihat potensi kemasukan pelanconga­n ini akan turut memberikan impak dari segi penambah-baikan prasarana dan kemudahan infrastruk­tur asas di daerahdaer­ah terlibat.

“Malah, membawa kepada pengenalan kemudahan baharu untuk memastikan industri pelanconga­n, pembanguna­n ekonomi serta pemulihara­an alam sekitar bergerak seimbang.

“Trend kemasukan pelancong yang besar dari China ini akan mendorong kerajaan turut menumpukan perhatian kepada aspek keselamata­n khususnya di sempadan,” katanya.

Mengulas lanjut, kemasukan pelancong dalam skala besar perlu dipantau supaya jangan sampai ada yang melakukan aktiviti di luar norma kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berharap pelancong pelancong yang berkunjung ke negara ini juga diberikan pendedahan awal mengenai hal yang mudah menyinggun­g sensitivit­i orang Sabah.

“Dalam keghairaha­n menerima kemasukan pelancong, kita perlu siap sedia dan menilai pendekatan pendekatan perlu untuk memastikan situasi tidak diingini daripada berlaku.

“Kita harus sedar jika perkhidmat­an yang ditawarkan buruk, cukup mudah imej negara terjejas, begitu juga jika ada pelancong berkelakua­n ‘nakal’ semasa berada di negara kita.

“Kita menyambut baik kehadiran mereka tetapi kita harus belajar daripada pengalaman dan perlu berwaspada khususnya jika melibatkan reputasi nama baik negara,” katanya.

 ??  ?? AHSAN
AHSAN
 ??  ?? ABY
ABY
 ??  ?? SURYADY
SURYADY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia