Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bersenjata bunuh 14 penumpang bas di Pakistan

-

QUETTA: Lelaki bersenjata membunuh sekurang kurangnya 14 orang selepas mangsa dipaksa turun dari bas-bas di wilayah bergolak Baluchista­n di Pakistan, kata pegawai pada Khamis.

Penyerang, yang dianggarka­n sekitar 24 orang, memakai seragam pasukan separa tentera Kor Sempadan, kata setiausaha dalam negeri wilayah Haider Ali kepada AFP.

Mereka “menghentik­an bas-bas di Lebuh Raya Pantai Makran dan menembak mati 14 orang”, katanya, yang menambah empat kenderaan tersebut dalam perjalanan ke kota mega pelabuhan Karachi dari bandar pantai Ormara.

Seorang pegawai tentera laut dan seorang anggota pasukan pengawal pantai turut terkorban, kata Ali. Semua mangsa dipercayai warga Pakistan.

Menteri Dalam Negeri Wilayah Mir Zia Langov memberitah­u AFP, siasatan besar-besaran telah dilancarka­n ke atas serangan itu dan untuk menjejaki lelaki bersenjata terbabit, yang menurutnya telah lari dari tempat kejadian.

“Insiden sedemikian tidak dapat dibiarkan dan kita tidak melepaskan pengganas yang melakukan serangan yang sangat kejam ini,” katanya.

Perdana Menteri Imran Khan turut mengecam pembunuhan itu dalam satu ke-nyataan dari pejabatnya.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu, yang berlaku tidak sampai seminggu selepas satu letupan bunuh diri di ibu kota wilayah Quetta membunuh 20 orang.

Baluchista­n, yang bersempada­n dengan Afghanista­n dan Iran, merupakan wilayah paling besar dan paling miskin di Pakistan, selain lokasi bagi pemberonta­kan Islamis, mazhab dan puak pemisah.

Kumpulan Negara Islam (IS) juga aktif di wilayah itu, dan mengaku melakukan serangan pada minggu lepas yang menyasari etnik Hazara yang bermazhab Syiah di sebuah pasar buah-buahan di Quetta.

Tentera Pakistan telah me-nyasari pemberonta­kan di wilayah itu sejak 2004, dan berulang kali dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia antarabang­sa melakukan kesalahan di sana. Ia menafikan dakwaan tersebut.

Baluchista­n juga merupakan tapak bagi projek utama di Koridor Ekonomi ChinaPakis­tan (CPEC) yang bernilai berbilion dolar.

Projek infrastruk­tur besar itu cuba menghubung­kan wilayah Zinjiang di barat China dengan pelabuhan Laut Arab di Gwadar, Baluchista­n.

Namun ia turut mengundang serangan, khususnya oleh puak pemisah Baluch yang sudah sekian lama me-ngadu bahawa penduduk di wilayah itu tidak menerima bahagian yang adil daripada keuntungan projek tersebut.

Keganasan di Pakistan sudah menurun dengan signifikan sejak serangan militan paling berdarah dalam sejarah negara tersebut, satu serangan ke atas sebuah sekolah di kota barat laut Peshawar pada 2014 yang mengorbank­an lebih 150 orang – kebanyakan­nya kanak-kanak.

Namun puak militan masih memiliki keupayaan untuk melancarka­n serangan, dan penganalis­is sudah sekian lama memberi amaran bahawa Pakistan belum lagi menangani punca sebenar fahaman ekstrem. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia