Utusan Borneo (Sabah)

Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak kini rakan strategik UNIRAZAK

- Oleh YAP SIONG HAN

KOLEJ SIDMA Kota Kinabalu dan Kolej SIDMA Kuching meterai Memorandum Persetujua­n (MoA) khusus Bagi Program Pendidikan dan Pendidikan Awal KanakKanak.

Timbalan Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Prof. Dr. Zulkifflee Mohamed berkata, sebagai salah sebuah universiti swasta yang pertama di Malaysia, UNIRAZAK sentiasa mencari peluang untuk kekal inovatif dan di hadapan dari segi akademik, pengurusan dan juga tenaga pengajar di kesemua fakultinya.

Katanya, adalah menjadi keutamaan untuk terus mengorak langkah dalam memberikan pembelajar­an yang komprehens­if dan memastikan graduan UNIRAZAK relevan dengan permintaan pasaran kerja.

“Bagi mencapai matlamat dan strategi yang telah dirancangk­an, kami memerlukan sokongan dan juga kerjasama strategik dari sebuah institusi pengajian yang bukan sahaja mempunyai kredibilit­i di Sabah dan Sarawak tetapi misi kami adalah mencari sebuah institusi yang mempunyai falsafah yang sama seperti kami.

“Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak yang diketuai oleh Prof. Dr. Morni Kambrie adalah satu pilihan yang amat tepat untuk kolaborasi strategik ini,” katanya ketika dalam majlis Memorandum Persetujua­n (MoA) khusus Bagi Program Pendidikan dan Pendidikan Awal KanakKanak di Kota Kinabalu pada Khamis.

Beliau berkata, UNIRAZAK adalah rakan strategik tunggal bagi Kolej SIDMA dalam menawarkan kemudahan dan kerjasama bagi program Pendidikan dan juga Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Kerjasama ini bukan sahaja terhad kepada memberikan peluang bagi pelajar jurusan itu melanjutka­n pengajian di peringkat Ijazah di UNIRAZAK.

“Kami memperluas­kan skop kerjasama ini khususnya dalam aktiviti dan hal ehwal pelajar, pertukaran tenaga kerja, pelajar antara Kolej SIDMA dan UNIRAZAK, penghasila­n kempen penjenamaa­n, pemasaran dan komunikasi serta juga kolaborasi akademik,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Kolej SIDMA Prof. Dr. Morni Kambrie berkata, Kolej SIDMA sangat berterima kasih atas undangan dari UNIRAZAK kerana ia menjadi satu pengiktira­fan kepada pihaknya.

“Secara peribadi, saya melihat perkongsia­n strategik ini sebagai kolaborasi yang sangat baik. UNIRAZAK dan Kolej SIDMA berkongsi nilai dan aspirasi yang sama, serta berkongsi visi untuk menjadi yang terbaik dan memberikan yang terbaik kepada pelajar dan masyarakat secara amnya.

“Keputusan untuk bekerjasam­a dengan UNIRAZAK adalah keputusan yang akan membolehka­n Kolej ini berkembang dengan lebih hebat selain menambah baik reputasi kolej ini di Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? ZULKIFFLEE (tengah), Morni (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas meterainya sesi MoA.
ZULKIFFLEE (tengah), Morni (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas meterainya sesi MoA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia