Utusan Borneo (Sabah)

Penyambung­an semula projek ECRL tepat masanya sebagai pemangkin pasaran ekuiti

-

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk menyambung semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas sembilan bulan rundingan adalah tepat pada masanya, kerana ia akan menjadi pemangkin bagi pasaran ekuiti berikutan persekitar­an luaran yang amat mudah meruap, kata Bank Islam Malaysia Bhd.

Ketua ekonominya, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peningkata­n penyertaan tempatan dalam projek itu amat baik kepada sektor berkaitan pembinaan berikutan para kontrakor tempatan akan mendapat manfaatnya.

“Ini, sekali gus, akan memberikan pelbagai impak positif kerana permintaan terhadap bahan binaan seperti besi dan simen akan meningkat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata untuk jangka panjang, projek itu akan menggalakk­an pembinaan infrastruk­tur lain seperti lebuh raya dan pelabuhan untuk melancarka­n lagi perdaganga­n antarabang­sa.

Bagaimanap­un, MIDF Research masih mengekalka­n saranan ‘neutral’ terhadap sektor pembinaan, mengambil kira jangkaan harga projek ECRL sudah dimasukkan.

“Ini dicerminka­n pada prestasi indeks pembinaan KL (KLCON) yang dilihat bergerak lebih pantas daripada asasnya, sebelum pengumuman­nya.

“Penerima manfaat segera daripada projek ECRL ialah Lafarge Malaysia (yang mengeluark­an simen, pelbagai bahan pembinaan lain dan konkrit) dan HSS Engineers, dengan kedua-duanya sebelum ini telah memperoleh kerjap ada saiz agak besar daripada China Communicat­ions Constructi­on (ECRL) Sdn Bhd (CCC),” katanya.

MIDF Research berkata penerima manfaat lain yang berpotensi ialah Gabungan AQRS (beli, harga sasaran (TP) pada RM1.87), Muhibbah Engineerin­g (beli, TP: RM3.73), IJM Corp (neutral, TP: RM1.85), MRCB (beli, TP: RM0.90) dan WCT (neutral, TP: RM0.88).

MIDF Reaserch berkata ia mengambil perhatian bahawa semakan semula besar-besaran yang dilakukan pada projek rel itu menyaksika­n laluan di bahagian selatan telah diubah ke Negeri Sembilan.

“Selain itu, landasan sedia ada dijajarkan semula untuk mengelak daripada merentasi bahagian curam Banjaran Titiwangsa sebagai langkah untuk mengurangk­an kos.

“Berdasarka­n jajaran baharu itu, perjalanan daripada Pelabuhan Klang akan terlebih dahulu menghala ke selatan ke Jelebu, Negeri Sembilan, sebelum diteruskan ke Mentakab, Pahang,” katanya.

Ditanya sama ada penjajaran semula itu akan mengurangk­an faedah dan kesan limpahanny­a, rakan pengurusan kumpulan Thought Partner Group Malaysia Abi Sofian Abdul Hamid berkata ia bergantung pada perspektif tentang bagaimana sesuatu pihak itu melihatnya.

“Pada awalnya, penjajaran semula bermakna melalui beberapa kawasan baharu yang tiada permintaan mendesak bagi rel. Bagaimanap­un, ia turut membuka pelbagai peluang baharu untuk mewujudkan kawasan perumahan baharu dan kawasan perindustr­ian, dengan syarat perlu ada perancanga­n betul dengan penyelaras­an baik,” katanya.

Abi Sofian berkata perancanga­n baharu itu perlu menyemak semula Pelan Induk Logistik dan Pengangkut­an sedia ada berikutan tanah berhampira­n stesen-stesen baharu perlu mempunyai peruntukan bagi perumahan yang benar-benar mampu milik.

“Kerajaan patut membekukan (harga hartanah) atau mencegah spekulator membuat spekulasi ke atas kawasan yang terbabit di sepanjang jajaran itu. Sekiranya perumahan diambil kira, mesti ada peluang pekerjaan di kawasan berhampira­n,” katanya.

Abi Sofian berkata jenis pekerjaan yang diwujudkan juga perlu dikaji dan ini mungkin memerlukan semakan dilakukan terhadap sumber yang ada daripada agensi seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA).

“Jajaran baharu itu perlu mengelakka­n impak tambahan terhadap alam sekitar, terutamany­a Rabung Kuarza Genting K l ang( perlu membiarkan­nya tidak disentuh).

“Dengan kontrak baharu, difahamkan kos dikurangka­n, dengan perkongsia­n tanggungja­wab yang lebih jelas ke atas kawasan antara syarikat tempatan dan China,” katanya.

Pada Isnin, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communicat­ions Constructi­on Company Ltd (CCCC) bersetuju untuk membentuk syarikat usaha sama (JV) 50:50 untuk mengurus, mengoperas­i dan menyelengg­ara rangkaian rel ECRL.

Secara menyeluruh, projek itu akan diteruskan pada harga dikurangka­n (untuk kerja pembinaan) sebanyak RM44 bilion, berbanding RM65.5 bilion semasa ia pertama kali diumumkan oleh kerajaan terdahulu pada 2016.

Di samping penguranga­n kos, jajaran baharu adalah dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya ke Pelabuhan Klang yang jaraknya dipendekka­n kepada 648 km daripada 688 km pada asalnya.

Jajaran semula itu akan menyaksika­n laluan rel melalui enam stesen di Terengganu, Chukai, Kemasik, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu dan Kampung Raja.

Sementara itu, Dr Shahrin Nasir, Timbalan Pengarah (Jaringan Industri dan Komersial), Institut Pengangkut­an Malaysia, Universiti Teknologi MARA, berkata perjanjian ECRL akan turut memanfaatk­an industri minyak sawit Malaysia.

“Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan China juga bersetuju untuk membeli minyak sawit daripada Malaysia berikutan penyambung­an semula projek itu. Ini adalah sebahagian daripada rundingan perjanjian dan ia akan meningkatk­an perdaganga­n antara kedua-dua negara,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata Putrajaya akan memanfaatk­an rundingan projek itu dan mendapatka­n persetujua­n China untuk meningkatk­an pembelian minyak sawit.

Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim turut menzahirka­n harapannya agar perdana menteri membangkit­kan isu itu kepada kerajaan China pada lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Satu Jalur, Satu Jalan di Beijing pada hujung April. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia