Utusan Borneo (Sabah)

Polis akan siasat penularan rakaman prosiding kes Najib

Penularan rakaman prosiding kes Najib

-

Laporan ini bagi mendapatka­n maklumat awal untuk membolehka­n siasatan dijalankan berhubung penularan video berkenaan. Polis akan siasat terlebih dahulu bagi melihat apa kesalahan yang ada.

KUALA LUMPUR: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraa­n kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata bagaimanap­un memandangk­an tiada laporan polis dibuat setakat ini berhubung perkara itu, pihaknya akan membuat laporan maklumat awal (FIR) terlebih dahulu bagi membuka laluan siasatan.

“Laporan ini bagi mendapatka­n maklumat awal untuk membolehka­n siasatan dijalankan berhubung penularan video berkenaan.

“Polis akan siasat terlebih dahulu bagi melihat apa kesalahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Segambut, di Taman Sri Segambut di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembanguna­n Keluarga, Wanita dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Pada Jumaat, video berdurasi dua minit 12 saat bertajuk ‘Hari kelima perbicaraa­n Datuk Seri Najib’ memaparkan rakaman peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi tular menerusi media sosial.

Difahamkan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Facebook bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil pada tengah hari semalam dan sudah ditonton lebih 227,000 kali selain dikongsi lebih 3,700 akaun Facebook dan mendapat lebih 1,900 komen.

Rakaman CCTV itu dipercayai sedutan prosiding hari kelima Najib di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Mengulas perkembang­an

DATUK SERI MAZLAN LAZIM Ketua Polis Kuala Lumpur

lain, Mazlan menggesa orang ramai tampil berkongsi maklumat berkaitan jenayah dengan pihak polis, bukan menularkan­nya menerusi media sosial.

“Masyarakat boleh menyalurka­n maklumat kepada polis dalam pelbagai bentuk, seperti

melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di telefon pintar atau menghubung­i talian hotline Polis Kuala Lumpur, 03 2115 9999 dan polis akan memberi respons dalam tempoh 15 minit,” katanya ketika berucap pada majlis itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia